Monday, January 20, 2014

Untukmu Yang Teristimewa..


Alhamdulillah, masih mampu bernafas dan diberikan peluang oleh ALLAH untuk melakarkan sesuatu di alam maya ini.. 

Alhamdulillah juga, hari ini genab 49 Tahun ABAH dilahirkan.. Selamat hari lahir abah.. Semoga umur Abah terus diberkati, dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah naungan kasih dan sayang ALLAH...

Hari ni, rasanya nak menulis sesuatu untuk Abah.. Maaf pembaca blog ni, kali ni nak meluah perasaan sikit kat abah.. :)  


Surat Untukmu yang Teristimewa

Assalamualaikum abah, Apa khabar abah di rumah? Semoga Abah sentiasa sihat , gembira dan dilindungi ALLAH selalu.. Abah, hari ni hani' nak tuliskan sesuatu untuk abah. Untuk 22 Tahun abah besarkan hani'. maafkan hani' sebab tak pernah beritahu abah betapa hani' sayangkan abah dan ummi. Maafkan hani' sebab hanya dapat tersenyum bila berdepan dengan abah. Bukan hani' tak sayang, tapi hani' malu.. :P 

Abah, mungkin masa abah baca blog ni, hani' dah jauh. Dah kawin beranak pinak dah kot.. hehe Tapi hani' harap suatu hari nanti Abah dapat baca apa yang hani tuliskan untuk Abah ni.. 

Pertama sekali, hani' minta mmaf pada Abah sebab tak mampu jadi anak yang solehah. Hani' selalu melawan abah, selalu sakitkan hati abah. Walaupun bukan dengan kata2, tapi hani tahu abah terluka dengan perbuatan hani'.. Maafkan hani' abah.. Hani' tak dengar cakap Abah bila Abah kata jangan bercinta masa belajar. Sekarang baru hani' tahu yg abah tak nak hani' terluka dan terganggu masa belajar.. maaf abah, hani' selalu pakai pakaian yg abah tak suka. Hani' suka macam ni, abah suka macam tu. Maaf hani' cuma ikut kata hati hani.. maaf abah, hani' malas belajar. Bila dah gagal hani' telefon abah nangis2.. Tapi abah selalu kata; " Kalau menangis pun, hani' tak akan lulus. Abah yakin, asalkan ada belajar, Hani' tak akan gagal".. Dan Alhamdulillah, hani' dah tak gagal lagi.. Tapi maafkan hani' abah, Pointer hani' tak cantik.. Tapi hani' akan usaha lagi. Hani' nak abah senyum dan gembira nampak hani' berjaya.. 

Abah, kadang2 hani' sedih nampak abah kerja kuat2. Hani' tahu abah penat, tapi untuk besarkan kami adik beradik, abah sanggup korbankan segalanya. Mula2 hani' marah abah selalu tak di rumah. Pagi abah pergi sekolah, petang abah pergi kebun, malam abah pergi ceramah, dan kadang2 hani' tak sempat bercerita dengan abah. Tapi hani' faham, abah cari rezeki untuk kami semua. Bukan mudah besarkan kami 10 beradik. Hani' tahu abah penat.. Hani' nak cepat2 kerja, nak tolong ringankan beban abah. Tapi bila hani' cakap macam tu, abah kata 'Itu tanggungjawab abah. Tugas hani' sekarang belajar. Abah tak ada harta untuk diwariskan, abah cuma dapat bagi semua belajar untuk jadi orang berilmu".. Terima kasih abah.. Hani' sayang abah sangat3..

Abah, hani' nak kumpul duit banyak2, hani' nak bawa Abah, ummi, Kakak, adik2, atok dengan baba naik haji. Hani' teringin sangat keluarga kita jejak kaki ke Mekah. Hani' akan usaha untuk bawa kita semua ke sana. Hani' nak doa pada ALLAH, kurniakan syurga untuk Abah, ummi, keluarga kita dan semua orang Islam. Hani' nak kita semua gembira di sana.. InsyaALLAH.. 

Abah, umur hani' dah nak masuk 23 tahun ni.. dan untuk umur 22 tahun yang lalu, hani' rasa sia2 kehidupan hani'.. Maafkan hani' abah sebab tak ikut kata abah " carilah ilmu banyak2".. Tapi, satu nasihat abah yang hani' tak pernah tinggal, Hani' tak pernah tinggal solat. Betul Abah, untuk 20 tahun abah ajarkan hani' solat, hani' tak pernah tinggal (kecuali uzur hehe). Sekurang-kurangnya ada satu yang abah pesan hani' tak tinggal kan abah? ...Dan hani' bersyukur, sebab hani' dapat bapa macam abah..

Abah, banyak lagi hani' nak cakap.. Tapi, mungkin yang lain hani' nak cakap sendiri dengan abah. Hani' rindu abah, hani' berdoa ALLAH ampunkan dosa2 abah yang lalu, sekarang atau yg nanti2.. InsyaALLAH, tahun ni hani' nak jadi anak abah yg solehah. Hani' nak buat yg terbaik dalam hidup.. Terima kasih 100000000 million kali sebab besarkan hani'. Jasa abah hani tak dapat balas tapi insyaALLAH hani' akan buat abah bahagia nanti.. 

Abah, selamat hari lahir ke 49. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dalam keberkatan.. ALLAH bless u abah, forever and ever.. InsyaALLAH..







~ Aku Masih Puteri kecilmu ~

Kala senja merangkak melakarkan mentari senja
Kau pulang bersama secebis senyuman juga lelah
walau bibirmu seolah bisu dan kaku
Kami mengerti keperitan dan kepenatanmu
Namun Katamu dunia ini tempat bersusah payah
Akhirat itu tempat berehat yang berpanjangan
Lalu kau teruskan langakah mengutip semangat yang ada
meneruskan kehidupan penuh pancaroba..

Aku cuba menghampiri menggenggam tanganmu
Apa yang ku rasa cuma kulit yang membaluti tulangmu
Apa yang ku lihat cuma sebatang tubuh yang lesu
Namun senyumanmu tidak pernah pudar
meniti hari demi hari yang berlalu..

Aku masih puteri kecilmu abah
aku masih rindukan pelukan dan ciuman hangatmu
Walau kini aku yang mendakap dan menciummu
Tanda dewasa mekar dijambangan kasihmu
Namun sungguh! aku masih rindukan belaian dan perhatianmu.

Aku masih puteri kecilmu abah
Masih melakukan salah dan dibimbingmu
Masih menangis saat ujian menerpaku
Masih ketawa saat dirimu tersenyum
Masih meminta saat memerlukanmu
Masih taat pada pesanan dan bimbinganmu
Masih belum ingin berpisah dari kasihmu
ya aku masih puteri kecilmu abah
yang didakap ditatang dengan cinta dan kasih sayang
Yang dibentuk dengan Islam mengenal ALLAH yang Esa
Dan aku masih puteri kecilmu
Untuk hari yg lalu, hari ini dan hari yang akan datang nanti..

Aku masih puteri kecilmu abah
Tidak akan berubah tidak akan pernah rebah
Kerana dirimu titipkan aku dengan keberanian
kerana dirimu bekalkan aku dengan ketabahan
Kerana dirimu mengajarku erti kehidupan
Lalu aku masih disini
Berdiri menongkah kehidupan yang ditakdirkan
Bersama bekalan ajaran dan kasihmu..

Aku masih puteri kecilmu abah
Dan akan terus menjadi puteri kecilmu selamanya...


20 Jan 2014, 07.49pm, IPG Kampus Kent

 


 p/s = maaf kalau ada typo.. Sy mmg sllu typo  :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved || Che Nuha Blog