Bila ALLAH tak bagi
Kita sering bertanya kenapa dan mengapa
Sedang aturan-NYA lebih indah dari segalanya
Sedang perancangan-NYA lebih rapi dari semuanya.
Dalam hidup ini, kadangkala tak tersedar
nah, sudah terhantuk berdarah barulah sedar
Kita berikan segalanya untuk satu nafas nafsu CINTA
Namun akhirnya ALLAH menjemput kita semula
Kembali kepada-NYA
Sayangnya ALLAH pada kita
Bila akhirnya kita mula rindu berbicara dengan-NYA
Benarlah, apa yang ALLAH bagi adalah yang terbaik
Pada rezeki yang tidak trjangka
Pada air mata yang tumpah kerana takdir-NYA
Semuanya sudah tersusun rapi
Malah terlalu cantik pada Perancangan-NYA
Siapalah kita ini
Hanya sekadar hamba
Maka tunduklah hanya pada-NYA
Yakinilah Qada' dan Qadar yang dia berikan
Usah persoalkan
Mengapa yang lain lebih nikmatnya
Sedang tanpa kita tahu dibelakang tabir wajah ceria
Seribu satu duka menghimpit jiwanya
Maka di manakah syukur kita?
pada udara yang tiap saatnya percuma?
pada kedamaian langit dan laut biru yang masih mampu ditatap
pada tempat berlindung hujan dan panas
Pada makanan yang masih boleh dijamah
Pada air yang sentiasanya melepaskan kering tekak
pada ibu bapa, malah keluarga yang masih menyayangi dan disisi
Sedang orang lain hidupnya sunyi dan sepi
Tanyalah semula pada diri
Di manakah syukur kita.
Nota hati ini pesanan buat diri
Kerana apa yang diambil oleh-NYA adalah satu kurnia besar
Kerana pada kekecewaan itu kau akan lihat kebenaran
Kerana pada hari yang berlalu itu kau temui ketenangan tanpanya
Tanpa perlu kau risaukan sesuatu yg tidak akan pernah menjadi milikmu.
Maka
Bila ALLAH tidak beri
Bersyukurlah
DIA sedang mengajarmu sabar
DIA sedang mengajarmu syukur
DIA sedang mengajarmu tabah dan kuat
dan DIA sedang merancang sesuatu yang lebih besar
dan merancanakan sesuatu yang lebih baik
Hanya untukmu.
Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk-MU ya ALLAH..
|
Senyumlah selagi kau punya waktu. Hidupmu adalah indah, |