Monday, February 22, 2016
بسم الله الر الحمن الر حيم
Aku dan hujan
Aku sangat mencintai hujan
Sepertimana aku sangat mencintai Langit dan laut Allah.
Dan tika titis-titis hujan jatuh ke bumi
Entah mengapa aku rasakan suatu ketenangan
Seperti aku ingin menyentuhnya
Sejuk dan dingin
Dan senyuman pasti mekar
Ya, hujan juga kadangkala aku kiaskan pada tangisan
Kerana ia adalah tangisan langit yg aku cinta
Seperti kadangkala ia memahami
Sedang hatiku menangis ia pasti turun
Dan Dengan itu aku rasakan ALLAH sedang memujukku
DIA melihatkan padaku keindahan dalam hujan
Seperti menitipkan aku sebuah harapan
Segalanya akan baik setelah hujan ini berlalu
Alhamdulillah, Terima kasih ALLAH kerana menciptakan hujan.
Aku ingin sekali menari di dalam hujan
Dan merasakan kesejukan air mata langit
Biar meresap menjadi semangat padaku
Terus kuat dan tabah menghadapi liku kehidupan.
Izinkan aku sekali lagi
Menari dalam hujan dan merasakan cintaku
Aku dan hujan
Selamanya aku cinta..

No comments:
Post a Comment