
Alhamdulillah, hari ini kita masih merasai nikmat kehidupan, masih mampu bernafas dan memberikan senyuman kepada mereka di sekeliling kita.
Hari ini, ramai antara kita yang takut akan masa depan. Ramai yang ragu2 dengan kehidupan kerana takut akan masa depan. Jadi ramailah yang menunda keputusan, mengagak dan meramalnya malah ada yg sanggup untuk tidak mencuba dan menutup pintu rezeki kerana takut apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Hari esok atau masa depan, shhh Rahsia..
Hari ini, terdetik untuk saya menulis tentang hari esok atau masa depan. Kita kadangkala takut akan perkara yang bakal terjadi pada masa hadapan. Saya akui, saya salah seorang daripadanya dahulu. Kerana takut dengan apa yang bakal berlaku di masa hadapan, apa yang mampu dilakukan ialah mengagak atau berfikir tentangnya. Apa yang bakal terjadi, baikkah? Atau burukkah? atau dua2 kah? Akhirnya diri lemas dengan pertanyaan sendiri. Kerana takut akan masa depan yang masih rahsia, tekanan mula terasa, usaha tidak ke mana, sabar mula rebah, Senyuman mula pudar dan akhirnya Syukur tiada terasa. Allahuakbar. Di sini silapnya..
Masa depan adalah rahsia ALLAH. Dan apabila ia menjadi rahsia ALLAH, pastinya DIA telah merancang perkara dengan sebaik-baiknya untuk kita. Jadi mengapa perlu kita takut akan benda yang belum datang kepada kita? mengapa perlu kita mengagak, meramal perkara yang mungkin tidak benar akan berlaku? Mengapa kita takut untuk membuat keputusan dan berusaha hari ini? Sedangkan kita tahu bahawa kita tidak punya kuasa untuk menentukan apa yang bakal berlaku hari esok dan di masa depan.
Berusahalah hari ini, tetapkan matlamat kita, hidup sepenuhnya, beramal dengan bersungguh-sungguh, berjuang untuk agama Allah, tuntutlah ilmu , sayangi semua di sekeliling kita HARI INI kerana hari esok masih rahsia. Ada yang menyangka dia akan hidup esok hari dengan baik lalu sambil lewa menyelami erti kehidupan, lalu mungkin esok hari dia ditakdirkan untuk mati, alangkah ruginya. Ada yang menyangka hari esoknya akan terus mendung dan dihiasi tangisan dan masalah seperti hari ini, lalu terus berputus asa dan bersedih tetapi tidak mengetahui bahawa hari esok ALLAH janjikan hari yang baru dan baik untuknya, betapa ruginya masa kita yang berlalu.
Hiduplah sebaiknya hari ini,berusaha dengan sepenuh tenaga hari ini dan binalah masa depan dengan positif. Tidak salah kita berfikir tentang masa depan yang baik. Boleh sahaja, namun berpada-pada. Jangan sampai kita berfikir tentang masa hadapan sehingga kita lupa bahawa kita akan mati akhirnya. dan jangan pula kita menyangka keputusan / usaha hari ini akan membawa keburukan sahaja untuk kita hingga kita berhenti untuk melakukan apa yang sepatutnya. Berpada-pada dalam sangkaan hari esok dan masa depan.
![]() |
| Mengapa ALLAH merahsiakan masa depan kita? Agar kita tidak berasa takut, tidak aman dan sentiasa bersangka baik kepada-NYA. |
Ingatlah, masa depan itu masih rahsia ALLAH. DIA memberikan yang terbaik, merancang perkara yang terhebat untuk kita tidak kiralah ia datang dalam bentuk nikmat atau ujian. Pastinya, apa yang telah ditakdirkan akan memberi kebaikan kepada kita. Ingat, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan takut dengan masa depan, ciptalah kehidupan hari ini, Bergembiralah, berfikir positif, jalainkan ukhwah, bersyukur dan bersabar dengan apa yang berlaku.
![]() |
| Binalah masa depan dengan usaha kita hari ini. Buat yang terbaik dalam semua perkara dalam kehidupan. |
Masa depan masih rahsia. Sebagai hamba ALLAH dan umat ISLAM yang yakin dengan qada dan qadar, marilah kita hidup dengan sepenuhnya hari ini. Seperti sebuah ... (Maaf, saya lupa sama ada hadis atau kata2);
" Bekerjalah hari ini seperti esok hari kamu akan pergi dan Beramallah hari ini seperti esok hari kamu akan mati'
'Live to the fullest today and never regret anything tomorrow'
Hari ini, detik ini, BERSYUKUR untuk sebuah kehidupan, BERUSAHA untuk masa depan, BERAMAL untuk hari akhirat, TUNAIKAN segala kewajipan dan tanggungjawab kita, BERSABAR dengan musibah yang menimpa, BERILAH kepada yang memerlukan, SENYUM dan sebarkan aura yang positif, BERJUANG tanpa rasa takut dan gelisah, POSITIF dalam apa jua yang dilakukan dan BUAT / USAHA semua perkara dengan sebaik-baiknya. Biarlah selebihnya kita serahkan kepada ALLAH untuk merancang dan menentukan yang terbaik untuk kita, dan sentiasa berfikiran positif walau apa pun yang berlaku.. insyaALLAH pasti ada hikmahnya...
Jadi, mari kita mulakan hari ini dengan hidup sepenuhnya. Jumpa lagi di lain entry. Assalamualaikum..

~ Biarkan ia menjadi rahsia ~
Kulukiskan sebuah harapan
dalam denai-denai kehidupan
cabaran dan dugaan yang datang
Tiada kulihat hikmah dan pengajaran
Akhirnya sesat sendiri menyepi
Hilanglah segala syukur dan akhirnya kufur
Masa depan seolah pudar, seolah mendung selamanya..
DIA menyentuh hatiku
Dari sebuah hikmah yang darinya ujian
menyedarkan tentang erti kehidupan
memberikan keyakinan akan masa depan
Memberikan ketenangan untuk hari ini
Biarlah ia masa depan menjadi rahsia
Agar tidak takut tidak gentar
Agar tidak ragu tidak kufur
Agar bersyukur dan sentiasa redha
Akan sebuah nikmat kehidupan yang sementara..
ALLAH mengajarkan masa depan biarlah rahsia
Biarkan DIA mentakdirkan yang terbaik untuk kita
Dari kurniaan nikmat dan indahnya ujian
seribu satu hikmah dan pengajaran
Untuk jalan menuju ke syurga..
Masa depan itu
Biarlah ia menjadi rahsia Tuhan
Biarkan aku hidup untuk sepenuhnya
Kerana hari ini masih milikku untuk ku usahakan..
NuHa, 10.01pm, 12 Jan 2014, IPG Kampus kent.




No comments:
Post a Comment