~ Rindu padamu.. Ya Rasulullah ~
Kusingkap coretan kisah agungmu
Dalam perhentian-perhentian kehidupan
Betapa perit betapa sukar
Jauh perjalanan itu namun penuh kekuatan
Juga dihiasi senyuman dan kasih sayang
Ya Rasulullah, inilah aku yang merinduimu..
Rindu padamu ya Rasulullah
Pada akhlakmu yang sempurna
Betapa aku cuba mencontohi walau masih merangkak
Pada ketabahanmu ya Nabiku
Sesungguhnya kau mengajarkan hidup akhirat kekal abadi
Pada perjuanganmu ya Rasululullah
Mengajarkan aku sebuah kekuatan dari kesatuan
Namun maafkan aku wahai Nabi
Aku masih ummatmu yang lalai sendiri..
Wahai nabi kerinduan kami
Serangkap puisi untukmu dari hati
Dari teratak sunyiku untukmu
Bisakah aku persembahkan kepadamu
Sebuah kata-kata tentang rindunya aku
Ingin bertemu dan mengucapkan salam kasihku
Ya Rasulullah, aku rindu..
Wahai nabi seindah purnama
Ku baca sirahmu menggapai redha
Diri cuma baru merangkak mengenal mujahadah
Baru membina jalan-jalan jihadku
Dalam menimba ilmu pengetahuan
Ajarkan aku untuk sabar untuk tabah untuk redha
kerana aku baru merangkak menggapai redha-NYA
semoga sirahmu memberikan kekuatan
Kerana aku yakin DIA Maha pengampun
Maka aku yang merangkak menghampiri jalan syurga
Semoga Bertemu denganmu kelak di sana..
Ya Rasulullah aku rindu padamu
Ya ALLAH, temukan aku dengan-MU bersama baginda
Jauh di akhirat sana bersama redha-MU..
Salam Maulidul Rasul
NuHa, 07.01am, 14 Jan 2014, IPG Kampus Kent



No comments:
Post a Comment