
Sejenak
Berhenti di roda kehidupan
Sebentar
Merasai nikmatnya hidup
Kadang hati memberontak
Ingin lebih lengkap
Namun diri tersedar
Tiada yang sempurna…
Sejenak
Teringat kisah kasih
Teringat kisah persahabatan
Memori yang tersemat
Sebentar sahaja
Terus tersentak
Berlalu meneruskan kehidupan..
Sejenak… sebentar
Harus aku teruskan…
~08 Jun 2011
Rumah Abah kg MInihas

No comments:
Post a Comment