
Pertunanganku
Di rai dengan air mata duka
Air mata langit
Yang tidak jenuh membasahi
Di hari pertunanganku..
Kelu
Bisu menghiasi bibirku
Terpana pada sebuah kenyataan
Yang tertulis pada takdir masa
Pertunangan air mata
Yang pastinya perkahwinanku nanti
Pasti ditangisi…
Pertunanganku
Kadangkala menggembirakan detik kecil hati
Kerana DIA akan ku temui
Kekasih yang kucintai
Yang ku rindu saban waktu
Yang ku rayu setiap kali bersujud pada-NYA…
Pertunanganku dengan sakit itu
Yang merobek semangat masa depan
Perkahwinan pada hujung nafas
Apabila ajal yang tiba menjemput
Maharku kain putih dan keranda besi
Di arak dengan air mata
Apabila malam pertamaku
Bertemankan gelap dan sepi menanti..
Pertunganku dengan sakit
Perkahwinanku dengan ajal
Pasti akan tiba
Hari air mata…
~ 30 Januari 2011
Asrama IPG Kent Tuaran

No comments:
Post a Comment