Berbisik suara
mengetuk pintu hati
membangunkan diri
Dari dosa noda semalam
lalai dan leka..
Di sudut hati
Di pinggiran budi
Kasih sayang disemai
Di cantas belati durjana
Namun ia juga terluka
Terkena duri cinta..
Mencari diri sendiri
Dalam lena penuh kepuraan
Dalam jaga yang kelam
Sinar Ilahi mengetuk pintu hati
Hati yang selama ini terkunci..
Sentuhan kasih Ilahi
Membangunkan diri kembali
Menjejak alam realiti
dari fantasi tidak terhenti
Sujud di hadapan-NYA
Seolah-olah hari ini
Yang terakhir kalinya..
Mencari Nur Ilahi
Dalam gelap mata hati
Dalam terang kasih suci
Andai Kesudahanya pasrah
Kasih Illahi jangan tergugah
Genggam dengan tabah
Tali-tali ke syurga..
Nur Ilahi
Membawa hidayah kasih-NYA
Membimbing diri mengenal
Siapa DIA sebenarnya..
Dalam kerinduan pada-NYA
Buah-buah Iman bercambah
Tidak sekali goyah dan rebah
Kerana pautannya erat
Tali-tali kebenaran
Membawa diri hampir
Kepada-NYA..
~ 17 May 2007
SMK (A) Mohd Ali Ranau.

No comments:
Post a Comment