Wednesday, February 20, 2013

Segalanya adalah Ujian dari Allah..



Ku tetapkan hatiku untuk kesekian kalinya
Mungkin benar cinta manusia bukan milikku
Namun aku harus bersabar
Tidak mungkin air mata ini jatuh lagi
Aku tidak mahu kalah lagi
kerana aku percaya DIA sayangkanku
Kerana itu DIA mengambilnya dariku
Memisahkan ikatan hati yang sia-sia
Juga kerana aku percaya
DIA akan menemukan aku 
Dengan yang lebih baik dari si dia yang pergi...
Segalanya adalah ujian dari ALLAH
Aku tahu DIA terlalu sayangkan aku
Kerana itu DIA mengujiku..

Hamba-MU datang Ya ALLAH
Peluklah aku dengan kasih dan rahmat-MU
Jangan biarkan aku sesat lagi...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved || Che Nuha Blog