Sedetik jantungku terus berdegup
Meniti hari yang masih bersisa
Saat mereka menelaah belajar gembira
Aku hanya mampu mengetik menulis puisi hati
Lalu ilham yang datang
Membuatku menulis tanpa henti
Kerana mungkin ini
Yang akan menjadi kenangan
Sebuah ingatan tentang pernah hadirnya aku..
Aku akan terus tersenyum
Walaupun kadangkala tiada sinarnya
Kerana aku percaya
Walau warna pelangiku pudar
Walau hatiku beku
Walau impianku berterbangan
Walau kehidupanku cuma satu warna
Aku akan terus bersyukur
Kerana akau tahu
Suatu ketika nanti
Aku akan pulang..
Lalu untuk apakah aku meminta lagi
Tidak mungkin berharap lagi kerana
Aku akan pergi
Aku akan pulang...
No comments:
Post a Comment