Sunday, January 12, 2014

Hari ESOK, shhh Rahsia...




Alhamdulillah, hari ini kita masih merasai nikmat kehidupan, masih mampu bernafas dan memberikan senyuman kepada mereka di sekeliling kita. 

Hari ini, ramai antara kita yang takut akan masa depan. Ramai yang ragu2 dengan kehidupan kerana takut akan masa depan. Jadi ramailah yang menunda keputusan, mengagak dan meramalnya malah ada yg sanggup untuk tidak mencuba dan menutup pintu rezeki kerana takut apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Hari esok atau masa depan, shhh Rahsia..

Hari ini, terdetik untuk saya menulis tentang hari esok atau masa depan. Kita kadangkala takut akan perkara yang bakal terjadi pada masa hadapan. Saya akui, saya salah seorang daripadanya dahulu. Kerana takut dengan apa yang bakal berlaku di masa hadapan, apa yang mampu dilakukan ialah mengagak atau berfikir tentangnya. Apa yang bakal terjadi, baikkah? Atau burukkah? atau dua2 kah? Akhirnya diri lemas dengan pertanyaan sendiri. Kerana takut akan masa depan yang masih rahsia, tekanan mula terasa, usaha tidak ke mana, sabar mula rebah, Senyuman mula pudar dan akhirnya Syukur tiada terasa.  Allahuakbar. Di sini silapnya.. 




Masa depan adalah rahsia ALLAH. Dan apabila ia menjadi rahsia ALLAH, pastinya DIA telah merancang perkara dengan sebaik-baiknya untuk kita. Jadi mengapa perlu kita takut akan benda yang belum datang kepada kita? mengapa perlu kita mengagak, meramal perkara yang mungkin tidak benar akan berlaku? Mengapa kita takut untuk membuat keputusan dan berusaha hari ini? Sedangkan kita tahu bahawa kita tidak punya kuasa untuk menentukan apa yang bakal berlaku hari esok dan di masa depan.

Berusahalah hari ini, tetapkan matlamat kita, hidup sepenuhnya, beramal dengan bersungguh-sungguh, berjuang untuk agama Allah, tuntutlah ilmu , sayangi semua di sekeliling kita HARI INI kerana hari esok masih rahsia. Ada yang menyangka dia akan hidup esok hari dengan baik lalu sambil lewa menyelami erti kehidupan, lalu mungkin esok hari dia ditakdirkan untuk mati, alangkah ruginya. Ada yang menyangka hari esoknya akan terus mendung dan dihiasi tangisan dan masalah seperti hari ini, lalu terus berputus asa dan bersedih tetapi tidak mengetahui bahawa hari esok ALLAH janjikan hari yang baru dan baik untuknya, betapa ruginya masa kita yang berlalu. 

Hiduplah sebaiknya hari ini,berusaha dengan sepenuh tenaga hari ini dan binalah masa depan dengan positif. Tidak salah kita berfikir tentang masa depan yang baik. Boleh sahaja, namun berpada-pada. Jangan sampai kita berfikir tentang masa hadapan sehingga kita lupa bahawa kita akan mati akhirnya. dan jangan pula kita menyangka keputusan / usaha hari ini akan membawa keburukan sahaja untuk kita hingga kita berhenti untuk melakukan apa yang sepatutnya. Berpada-pada dalam sangkaan hari esok dan masa depan.

Mengapa ALLAH merahsiakan masa depan kita?
Agar kita tidak berasa takut, tidak aman dan sentiasa  bersangka baik kepada-NYA.


Ingatlah, masa depan itu masih rahsia ALLAH. DIA memberikan yang terbaik, merancang perkara yang terhebat untuk kita tidak kiralah ia datang dalam bentuk nikmat atau ujian. Pastinya, apa yang telah ditakdirkan akan memberi kebaikan kepada kita. Ingat, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan takut dengan masa depan, ciptalah kehidupan hari ini, Bergembiralah, berfikir positif, jalainkan ukhwah, bersyukur dan bersabar dengan apa yang berlaku. 

Binalah masa depan dengan usaha kita hari ini. Buat yang terbaik dalam semua perkara dalam kehidupan.

Masa depan masih rahsia. Sebagai hamba ALLAH dan umat ISLAM yang yakin dengan qada dan qadar, marilah kita hidup dengan sepenuhnya hari ini. Seperti sebuah ... (Maaf, saya lupa sama ada hadis atau kata2);
" Bekerjalah hari ini seperti esok hari kamu akan pergi dan Beramallah hari ini seperti esok hari kamu akan mati'

'Live to the fullest today and never regret anything tomorrow'

Hari ini, detik ini, BERSYUKUR untuk sebuah kehidupan, BERUSAHA untuk masa depan, BERAMAL untuk hari akhirat, TUNAIKAN segala kewajipan dan tanggungjawab kita, BERSABAR dengan musibah yang menimpa, BERILAH kepada yang memerlukan, SENYUM dan sebarkan aura yang positif, BERJUANG tanpa rasa takut dan gelisah, POSITIF dalam apa jua yang dilakukan dan BUAT / USAHA semua perkara dengan sebaik-baiknya. Biarlah selebihnya kita serahkan kepada ALLAH untuk merancang dan menentukan yang terbaik untuk kita, dan sentiasa berfikiran positif walau apa pun yang berlaku.. insyaALLAH pasti ada hikmahnya...

Jadi, mari kita mulakan hari ini dengan hidup sepenuhnya. Jumpa lagi di lain entry. Assalamualaikum..


~ Biarkan ia menjadi rahsia ~

Kulukiskan sebuah harapan
dalam denai-denai kehidupan
cabaran dan dugaan yang datang
Tiada kulihat hikmah dan pengajaran
Akhirnya sesat sendiri menyepi
Hilanglah segala syukur dan akhirnya kufur
Masa depan seolah pudar, seolah mendung selamanya..

DIA menyentuh hatiku
Dari sebuah hikmah yang darinya ujian
menyedarkan tentang erti kehidupan
memberikan  keyakinan akan masa depan
Memberikan ketenangan untuk hari ini
Biarlah ia masa depan menjadi rahsia
Agar tidak takut tidak gentar
Agar tidak ragu tidak kufur
Agar bersyukur dan sentiasa redha
Akan sebuah nikmat kehidupan yang sementara..

ALLAH mengajarkan masa depan biarlah rahsia
Biarkan DIA mentakdirkan yang terbaik untuk kita
Dari kurniaan nikmat dan indahnya ujian
seribu satu hikmah dan pengajaran
Untuk jalan menuju ke syurga..

Masa depan itu
Biarlah ia menjadi rahsia Tuhan
Biarkan aku hidup untuk sepenuhnya 
Kerana hari ini masih milikku untuk ku usahakan..

NuHa, 10.01pm, 12 Jan 2014, IPG Kampus kent.




Saturday, January 11, 2014

Alhamdulillah, It's new Year 2014

 

Alhamdulillah, hari ini 11 Januari 2014.. Agaknya sudah terlalu lambat untuk mengucapkan Selamat tahun baru.. Terlalu lama blog ini menjadi sunyi. Almaklumlah, laptop bercuti masuk ICU.. Dan Alhamdulillah hari ini baru keluar ward dengan sihat dan baik keadaannya.. hehe Jadi, SELAMAT TAHUN BARU 2014. Semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya..


Apa khabar semua tahun ini? Pastinya masih penuh dengan azam2 baru ataupun azam2 tahun lepas yg di 'pospone' untuk dicapai tahun ni. Walau apapun, kita mari kita terus berusaha mencapai azam2 kita.. InsyaALLAH..

Imbas semula tahun 2013, bulan 11 hingga 12 merupakan bulan yg paling mencabar untuk diri ini. Diselangi dengan peperiksaan, diikuti dengan rosaknya HDD laptop yg memusnahken semua maklumat yg ada di dalamnya, membuatkan diri ini terasa sangat2 sedih. Hampir sahaja ingin berputus asa. Namun, syukur ke hadrat ALLAH, Alhamdulillah, ALLAH menyambut diri yg rapuh ini dengan kasih sayang-NYA. Menunjukkan erti sebuah kehidupan yang sebenar..

Semasa cuti sebelum2 ini, hidup hanya dihiasi dengan cerita2 yg melalaikan dan kemuncaknya, HDD laptop rosak. ALLAH tarik sebuah nikmat namun DIA membuka 1001 pintu kenikmatan yang lain. Semasa ketiadaan laptop itu, saya mengenal erti nikmat berkeluarga. Masa yg berharga diluangkan bersama keluarga mencipta 1001 memori indah dan kenangan yang tidak dilupakan.. Allah tunjukkan 1 nikmatnya: ALAHAMDULLAH, DIRIMU MASIH PUNYA KELUARGA...

Lawas, Sarawak
Picnic dekat sungai di kebun <3 (Also celebrating my birthday) hoho

Cuti2 banyak jemputan kawin.. hehe

My sweet 22 birthday.. 

Setelah itu, DIA membuka pintu hati ini untuk membuka naskhah2 buku yang lama ditinggalkan tidak bersentuh. Buku yg lama dibeli, baru dibuka hari ini. Buku pertama yg saya bacaa ialah buku Indahnya kematian. Namun, separuh buku dibaca, belum tersentuh jiwa dan paling merugikan ianya buku berunsurkan Syiah. Saya meneruskan pembacaan buku 'La Tahzan.. ' ya, sudah lama dibeli namun tidak di bukua. Dari buku itu, saya belajar tentang erti kehidupan yg sebenar. Alhamdulillah.. Untuk itu, ALLAH memberikan petunjuk; JADIKAN BUKU TEMANMU, AGAR KAU BEROLEH MANFAAT DARINYA..

Sapa2 nak bagi hadiah kat saya, I prefer books.. :) hehe

Banyak lagi hikmah yg saya perolehi. Dengan masa senggang, saya dapat berfikir tentang masa depan, berfikir apa yg saya inginkan, berfikir dan terus berfikir.. Lalu, diri ini tersedar, banyak lagi yg perlu dilakukan untuk sampai ke syurga-NYA. Sudah tentu tidak layak saya ke syurga dengan amalan selama 22 Tahun hidup. Alangakah ruginya diri ini.. Dari situ, saya bangkit, bangkit untuk memulakan langkah hidup dengan berani, dan 2014 ini, insyaALLAH adalah permulaannya.. 

Doakan saya dapat mencapai azam dan target tahun ini dan begitu juga semua.. Semoga kalian terus dalam lindungan dan rahmat kasih-sayang ALLAH dan terus berada di jalan yang benar.. ALLAH bersama kita, lakukan apa sahaja sebaiknya. Semoga ALLAH redha dan membantu kita. Berjuanglah untuk kehidupan, tetapkan SYURGA sebagai matlamat. InsyaALLAH, semoga kita semua dapat berkumpul di sana kelak.. 

Dengan itu, saya akhiri entry kali ini dengan sebuah puisi ciptaan diri ini.. SAlam sayang untuk semua. InsyaALAH, bertemu lagi..Jazakallah hu khairan .. Assalamualaikum..


~ Bunga Kehidupan ~

Mekar sebuah kehidupan dari lingkaran ujian
mekar hati dengan jemputan cinta dari yg Maha ESA
Aku perlahan-lahan merangkak menghampiri
Antara mahu dan menolak namun aku sambut lamaran itu
Lamaran yg membawaku dekat kepada-NYA
Setelah usiaku 22 tahun yg sia-sia
Aku Merangkak bagai anak kecil melalui jalan-NYA
melihat yang lain mendahului jalan ke syurga
Terdetik tasa cemburu ingin bersama
Namun langkah pertama ini biar lambat, biar lelah
Kerana aku baru belajar erti mujahadah..

Dari ujian mekar bunga kehidupan
Aku lihat dunia dengan pandangan yang lebih bermakna
Aku betulkan matlamat dan tujuan untuk ke syurga
Walau dengan siapa, walau bagaimana
Aku benar ingin ke syurga bertemu-NYA dan mengatakan
'Ya ALLAH, betapa rindunya aku pada-MU. Sambutlah diriku dengan rahmat dan kasih sayang-MU'

Duhai diri, jangan rapuh lagi, jangan lemah berdiri
Ujian yg datang adalah kasih sayang ALLAH
Air mata yang tumpah  saat dirimu rapuh dan lemah
Sujud padanya memekarkan bunga kehidupan
Disirami air mata takwa dan redha
Berjalanlah dengan harapan dan iman
yakinlah hari esok pasti ada mentari walau hujan dan mendung menyelubungi
yakinlah ALLAH bersama tiada membiarkan sendiri
Yakinlah, balasan syukur dan sabar adalah lumayan..

Bunga kehidupanku yang baru belajar subur
Yang tumbuh dari gersang ujian dan nikmat kehidupan
dan dibajai dengan Redha, tawakal dan syukur
Kepada-NYA ALLAH yang Maha ESA..
Duhai bunga kehidupan
mekarlah semekar jalan mujahadahku menuju ke syurga..

NuHa,05.33pm, 11 Jan, IPG Kampus Kent.



Tuesday, November 26, 2013

R...I....N...D...U..


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menulis semula di dada laman maya ni.. Hari ni terasa sangat rindu..

Rindu pada ALLAH, Rindu pada NABI.. 
Rindu pada diri yang dulu..
Suatu hari nanti, aku pasti akan pulang..



Friday, November 15, 2013

DIA Kirimkan aku hadiah Istimewa..




Aku tangisi sebuah kehilangan
Lalu dia menyapa doaku
Saat menitiskan air mata dalam doa
DIA mendengar aku
DIA bersama aku
DIA sentiasa ada untukku..

Hari ini sebuah cerita duka
DIA hiasi hariku dengan sebuah berita ceria
DIA memberi walau bukan saat aku meminta
Kerana DIA mengaturkan masa yang terbaik
Untuk membalutkan kedukaan yang tiba..

YA ALLAH
ENGKAU tahu hatiku
ENGKAU tahu tangisku
ENGKAU tahu apa ku mahu..
ALHAMDULILLAH...



" Usah berduka dilanda kesusahan, kerana DIA berjanji mengelap air matamu dengan kegembiraan.. DIA tidak memberi apa yang kau mahu sekarang, kerana DIA menyimpan hadiah itu untuk saat kau perlukan sebuah kegembiraan.."



Alhamdulillah.. Walaupun hari ni laptop rosak, tp ALLAH bagi menang hadiah peraduan Tudung Nur.. Jom kawan2, layari TUDUNG NUR untuk tudung yang canti, menutup aurat dan menepati syariah.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved || Che Nuha Blog