Saturday, December 15, 2012

Nur ILLAHI


Berbisik suara
mengetuk pintu hati
membangunkan diri
Dari dosa noda semalam
lalai dan leka..

Di sudut hati
Di pinggiran budi
Kasih sayang disemai
Di cantas belati durjana
Namun ia juga terluka 
Terkena duri cinta..

Mencari diri sendiri
Dalam lena penuh kepuraan
Dalam jaga yang kelam
Sinar Ilahi mengetuk pintu hati
Hati yang selama ini terkunci..

Sentuhan kasih Ilahi
Membangunkan diri kembali
Menjejak alam realiti
dari fantasi tidak terhenti
Sujud di hadapan-NYA
Seolah-olah hari ini
Yang terakhir kalinya..

Mencari Nur Ilahi
Dalam gelap mata hati
Dalam terang kasih suci
Andai Kesudahanya pasrah
Kasih Illahi jangan tergugah
Genggam dengan tabah
Tali-tali ke syurga..

Nur Ilahi
Membawa hidayah kasih-NYA
Membimbing diri mengenal
Siapa DIA sebenarnya..

Dalam kerinduan pada-NYA
Buah-buah Iman bercambah
Tidak sekali goyah dan rebah
Kerana pautannya erat
Tali-tali kebenaran
Membawa diri hampir
Kepada-NYA..

~ 17 May 2007
SMK (A) Mohd Ali Ranau.


Thursday, December 13, 2012

Puisi Lama Nuha..


Assalamualaikum WTB..

Sangat terlalu lama saya tak update blog ni... Maaf sangat2.. Memandangkan rumah sedang disiapkan, jadi tak banyak dapat fikir apa nak tulis.. Masa belek2 buku lama nak susun di rak, saya terjumpa diary 2011 dulu.. Masa PPISMP sem 2-3.. Banyak pusi-puisi lama yang saya tuliskan dalam diary tu.. So, maybe entry2 saya nanti mungkin puisi2 saya yang terdahulu.. baiklah, semoga kalian masih sudi menjenguk blog ni.. Salam sayang untuk semua..


~ Sebuah Pertemuan, Sebuah Kesedihan ~

Sebuah pertemuan
Yang ku syukuri saban hari
Yang ku rindui tiap waktu
Pada lewat pagi nan hening
Pada gelap malam nan berbintang..

Sebuah pertemuan
Yang akhirnya terlerai
Yang tertinggal kerana masa
Kerana tiada khabar berita
Walau dari pekat malam..

Sebuah pertemuan
Yang akhirnya terhenti
Menitiskan air mata langit bersama
Untuk keseian kalinya..

Sebuah pertemuan, Sebuah kesedihan..

~ 13 Januari 2011 (Khamis)
Asrama IPG Kampus Kent,TUaran


Friday, December 7, 2012

My Baby Bunnies..


Assalamualaikum WTB..

Alhamdulillah, hari ni dapat meng'update' lagi.. hari ni nak cerita tentang my baby bunnies yang dah beberapa minggu dilahirkan.. hehe Duuuluuu masa dekat blog lama saya pernah cerita tentang 'Putra and Putri', arnab yang family saya pelihara. Dan Alhamdulillah, saya dah jadi nenek sekarang sebab Putri dah lahirkan enam ekor bunnies yang warna pink2 dulu.. hehe 

Putri lahirkan enam ekor anak, tapi memandangkan dia beranak pagi, dan adik saya baru 'tahu dan sedar' dia tu mengandung and dah beranak, 1 ekor anak dia mati kena gigit semut merah.. wuwuwu Dan malam tu, dua lagi matai sebab mungkin dah kena gigit2 banyak dengan semut2 merah.. kesian.. Akhirnya, tinggallah tiga ekor 'cucu' kesayangan saya dalam almari yang dijadikan sangkar.. hehe Alhamdulillah..

Mula2 balik dari Kelantan, saya hairan sangat kenapa Putri tak mau susukan anak dia. Anak dia datang dekat dia lari. Dah la anak dia kalau dipegang dia tak nak dah.. (P/s= Jangan pegang anak arnab yang baru lahir hingga anak arnab tu boleh makan makanan mak dia coz nanti dia tak nak susukan.. Kalau terpegang, cepat2 bagi hidu tangan kita dekat mama arnab tu.. hehe -Kata adikku si Penjaga arnab, dia baca di internet katanya.. hoho) Jadi, oleh kerana belum tahu fakta di atas, saya pun pi marah Putri.. Alahai, kesian Putri.. Maafkan mama ya.. huhuhu

My bunnies yang berusia beberapa hari..
Nampak tak bintik2 kat badan dorang? tu sebab kena gigit semut..

Rupa2nya, arnab cuma susukan anak dia sehari atau dua kali sehari sama ada pada waktu petang atau malam. Nak tau kenapa? Sebab anak arnak ni, tak akan berhenti hisap susu mak dia walaupun dah kenyang. Jadi, kalau mak dia biarkan dia minum susu ja, boleh meletup perut dia.. - Kata adikku si Penjaga arnab hihi

Day by day, sekarang dah masuk tiga minggu lebih dorang lahir.. Dah besar pun, Dah boleh dukung2, peluk2, cium2 dah.. Comelll sangat.. Tapi dorang ni belum ada nama. Sebab tak tahu dorang tu Jantan ke betina.. haha Ok la, Nak tengok my bunnies tak? scroll je di bawah.. hehe Jumpa lagi di lain entry.. 
Assalamualaikum..

Tidoooo saja kerjanya..

Suka tido sempit2..
Semua fluffy.. hehe

 Warna Putih merajuk.. hehe

Tido asing2 pula.. hehe

Happynya dapat pegang bunnies.. hehe


Monday, December 3, 2012

Semua cuti..


Assalamualaikum WTB..

Alhamdulillah, hari ni dapat menulis lagi setelah sekian laaaaama tak menulis.. Pada sesiapa yang baca blog ni, maaf ya.. Banyak sangat kekangan nak update blog ni.. Paling utama ialah masalah BB yang loading sangat.. Ni pun dapat post nasib je.. hehe

Second, saya balik ke Kampung.. Jadi, tak sempat nak update2 blog ni dengan apa2.. Maaf ya.. InsyaAllah, nanti saya ceritakan perjalanan saya ke kampung.. (kalau sempat nak update..)

Ok la, semoga semuanya sihat2 dan baik2 saja.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum WTB.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved || Che Nuha Blog