Thursday, November 8, 2012

Diam..



Diam..
Kini aku diam 
Sepi..
Kini aku diam dan akan menyepi..

Cuma takdir tidak pernah menyebelahiku
Dalam kisah-kisah cinta 
adam dan hawa
Teruna dan dara
Mungkin bukan di dunia
Mungkin di syurga sana..

Diam..
Maafkan aku kerana akan berdiam
Dan akan terus berdiam
Kerana kisah cintaku
Akan berakhir di sini...


Jadi Ummi??


Assalamualaikum WTB..

Alhamdulillah, saya menulis lagi hari ini.. hehe
Hari ini, ummi minta tolong jadi wakil untuk sign report card adik2 dekat SK Kilimu Ranau.. 



Siap2 dan bertolak pukul 8.00 pagi.. Sampai dekat sana, nampak ramai parents budak2.. Uhuk2, saya pun try buat muka matang (cewahh.. ) supaya nampak macam ibu2 sikit.. hihi..

Bila dah sampai turn nak tanda tangan report card adik2, rasa NERVOUS sangat. seriously.. Dup dap jantung ni.. Takut apa la result adik2.. Baru saya tahu, begini la perasaan parents saya bila nak sign report card anak2.. (Patutla my parents tak nak datang sign repaort card saya.. hihi)

Alhamdulillah, adik2 dapat keputusan yang baik.. Zaki dapat No.1, Auni dapat No.9.. Yang penting dua2 lulus.. hihi Apapun, hari ini satu pengalaman baru kepada saya.. Alhamdulillah...

Ok la, itu sahaja yang berlaku hari ni..  Jumpa lagi di lain entry.. Assalamualaikum..

Wednesday, November 7, 2012

Bila Senyummu Untuknya..


Ku kerling pada wajah-wajah itu
Tersenyum gembira bahagia
Lalu meletakkan aku
pada rasa berdosa dan bersalah
Kerana merampasnya dari mereka..

Dia dan kamu
Dua hati yang terikat mesra
Diredhai semua, direstui mereka
Senyummu dan senyumnya dari hati
Terikat dengan sebuah janji..

Bukan ingin ku tulis kisah kalian
Bukan ingin ku tangisi perkenalan kita
Namun ingin ku perbetulkan semua
Aku yang memijak jalan cinta
dan memutuskannya menjadi dua
saat hati kalian diikat bersama
Walau dengan kata gurauan dan perkelahian mesra..

Telah ku putuskan sebuah hubungan
Yang membuatkan si dia menangis sendiri
dalam senyap dalam puisi-puisnya
lewat tulisan pada alam maya
bagaimana untukku pohon seribu kemaafan
kerana mengambilnyaa darimu 
dan menjadikan dia milikku
Dengan kata-kata mesra dan sendu
hatinya yang dahulu milikmu
jatuh di hatiku yang datang berlalu..

Kini aku berusaha
mengembalikan segalanya 
kekal pada tempatnya semula
Agar senyummu dan senyumnya 
Bisa bersatu kembali
Walau ada hati yang perlu pergi
kerana itulah takdir Ilahi..

Izinkan aku sahabat
bertemunya di laman kasih
Untuk dua hari 
Pertama dan terakhir
walau ku tahu senyumnya tidak akan seindah
senyuman yang dia beri ketika bersamamu
Izinkan aku
Untuk kali pertama dan terakhir bertemunya..

aku yang memijak jalan cinta mereka
harus segera berundur pergi
harus segera mengingatkan hati
dia bukan milikku namun miliknya
lihat sahaja pada wajahnya
bila senyumnya untukmu, sahabatku
aku sedia berlalu pergi..


Nukilan teratak hati Che Nuha, 04.02pm, 7/11/2012

 

 


Monday, November 5, 2012

Rezeki dari si Besi Buruk


Assalamualaikum WTB..

Alhamdulillah, hari ini dapat menulis semula. Hari ini Che Nuha balik kampung. Alhamdulillah, exam dah habis. Walaupun banyak dugaan hari ini, Che Nuha bersyukur sebab Allah tetap permudahkan Che Nuha sampai ke rumah dan jadikan diri ini lebih berdikari.. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tu, saya jumpa seorang Mak cik Yang baik hati. masa nak naik bas '50sen' yang memang kena berhimpit2 (saya dengan beg2 yang penuh di tangan dan terpaksa berjuang nak naik bas) berdiri di tepi2 tempat duduk. Tiba-tiba seorang makcik tu cuit tangan saya dan bagi isyarat 'duduk lah..' dekat tempat duduk anak dia. dia pun suruh anak dia yang umur dalam 9 / 10 tahun duduk atas riba dia.. sob3 terharu sangat saya.. Sangat berterima kasih pada Mak cik tu. Alhamdulillah, dapat duduk dalam bas yang penuh dengan penumpang..(Jalan berliku seorang diri dari Tuaran-KK-Ranau)

Semasa perjalanan balik tu, 'unser' singgah dekat satu tempat. Nak tukar tayar sekejap kata uncle tu.. and the place is, di tempat macam ni..


Workshop tu terletak bersebelahan dengan tempat pengumpulan besi buruk.. memang banyak besi2 buruk sampai bertimbun-timbun macam gunung. Mula-mula saya terfikir. Kenapa Allah sampaikan saya di tempat macam ni.. Then suddenly, ada seorang lelaki dari tempat besi2 buruk tu. Mungkin lepas mengangkat atau menyusun besi-besi tu gunakan jentolak.. Dia duduk seorang diri merenung besi-besi buruk tu.. Apalah agaknya yang difikirkan dia. Namun, yang mengejutkan saya, dia tersenyum tengok besi-besi buruk tu. selepas itu menghilang mungkin menyambung kerjanya semula..

Apa yang dapat saya fikirkan? pertama sekali ialah; senyuman lelaki itu tanda dia BERSYUKUR.. 
~ Bersyukur walaupun rezekinya di tempat timbunan besi-besi buruk..

Saya rasa sungguh malu dan terharu. Malu kerana masih belum bersyukur walaupun hidup di tempat yang selesa. Terharu kerana saya dapat berjumpa dengan seorang hamba Allah yang masih mampu tersenyum walaupun mungkin kita menarik muka masam apabila berkerja di tempat seperti itu. Iya benar, apa yang penting ialah 'REZEKI YANG HALAL'..

Alhamdulillah, apa yang saya dapat hari ini ialah ;
Tak kira lah kita berkerja di mana, dengan siapa dan apa pun jua hatta seorang pengumpul dan penjual besi buruk sekalipun, pastikan ia adalah rezeki yang halal hasil titik peluh dan usaha kita..



Sepanjang perjalanan saya berfikir. merenung kembali apa yang saya lakukan untuk dapatkan rezeki yang halal.. Dan akhirnya, dapat satu idea.. 'Nak cuba berkerja masa cuti ni..' hehe Ok la, itu sahaja yang dapat saya kongsikan bersama.. Bertemu lagi di lain entry.. Salam sayang.. Assalamualaikum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved || Che Nuha Blog