Monday, November 5, 2012

Rezeki dari si Besi Buruk


Assalamualaikum WTB..

Alhamdulillah, hari ini dapat menulis semula. Hari ini Che Nuha balik kampung. Alhamdulillah, exam dah habis. Walaupun banyak dugaan hari ini, Che Nuha bersyukur sebab Allah tetap permudahkan Che Nuha sampai ke rumah dan jadikan diri ini lebih berdikari.. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tu, saya jumpa seorang Mak cik Yang baik hati. masa nak naik bas '50sen' yang memang kena berhimpit2 (saya dengan beg2 yang penuh di tangan dan terpaksa berjuang nak naik bas) berdiri di tepi2 tempat duduk. Tiba-tiba seorang makcik tu cuit tangan saya dan bagi isyarat 'duduk lah..' dekat tempat duduk anak dia. dia pun suruh anak dia yang umur dalam 9 / 10 tahun duduk atas riba dia.. sob3 terharu sangat saya.. Sangat berterima kasih pada Mak cik tu. Alhamdulillah, dapat duduk dalam bas yang penuh dengan penumpang..(Jalan berliku seorang diri dari Tuaran-KK-Ranau)

Semasa perjalanan balik tu, 'unser' singgah dekat satu tempat. Nak tukar tayar sekejap kata uncle tu.. and the place is, di tempat macam ni..


Workshop tu terletak bersebelahan dengan tempat pengumpulan besi buruk.. memang banyak besi2 buruk sampai bertimbun-timbun macam gunung. Mula-mula saya terfikir. Kenapa Allah sampaikan saya di tempat macam ni.. Then suddenly, ada seorang lelaki dari tempat besi2 buruk tu. Mungkin lepas mengangkat atau menyusun besi-besi tu gunakan jentolak.. Dia duduk seorang diri merenung besi-besi buruk tu.. Apalah agaknya yang difikirkan dia. Namun, yang mengejutkan saya, dia tersenyum tengok besi-besi buruk tu. selepas itu menghilang mungkin menyambung kerjanya semula..

Apa yang dapat saya fikirkan? pertama sekali ialah; senyuman lelaki itu tanda dia BERSYUKUR.. 
~ Bersyukur walaupun rezekinya di tempat timbunan besi-besi buruk..

Saya rasa sungguh malu dan terharu. Malu kerana masih belum bersyukur walaupun hidup di tempat yang selesa. Terharu kerana saya dapat berjumpa dengan seorang hamba Allah yang masih mampu tersenyum walaupun mungkin kita menarik muka masam apabila berkerja di tempat seperti itu. Iya benar, apa yang penting ialah 'REZEKI YANG HALAL'..

Alhamdulillah, apa yang saya dapat hari ini ialah ;
Tak kira lah kita berkerja di mana, dengan siapa dan apa pun jua hatta seorang pengumpul dan penjual besi buruk sekalipun, pastikan ia adalah rezeki yang halal hasil titik peluh dan usaha kita..



Sepanjang perjalanan saya berfikir. merenung kembali apa yang saya lakukan untuk dapatkan rezeki yang halal.. Dan akhirnya, dapat satu idea.. 'Nak cuba berkerja masa cuti ni..' hehe Ok la, itu sahaja yang dapat saya kongsikan bersama.. Bertemu lagi di lain entry.. Salam sayang.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved || Che Nuha Blog