
Alhamdulillah, setelah sekian lama yang sangat lamaaa menyepi, hari ini saya ingin menulis semula.. kenapa? suatu peristiwa yang sangat menakjubkan telah berlaku pada saya semalam dan hari ini.. Tiada kata yang mampu saya ucapkan melainkan SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH dan ASTAGHFIRULLAH... sampai saat ni, badan saya masih seram sejuk, hati masih terharu dan air mata seakan ingin menitis jatuh lagi..
Subhanallah.. Begini kisahnya..
Pada hari kelmarin, saya mendapat sms dari ahli keluarga.. Ada beberapa perkara yang ingin mereka minta bantu.. Saya juga agak buntu , kerana wang yang dipunyai sekarang agak kurang.. Namun, saya tetap bersetuju sebab bagi saya, jangan berkira dengan keluarga sendiri. Susah senang mesti bersama... Sambil menyiapkan assignment yang tergendala, saya berfikir dan terus berfikir. Mencongak-congak berapa yang saya masih punya, cukupkah hingga nanti.. dan saya akhirnya tidur dalam keadaan masih berfikir tentang perkara tersebut..
(Secara ringkasnya, saya ada sedikit masalah Kewangan.. )
Ditakdirkan ALLAH, saya tidur pada pukul 12.30 malam. dan saya telah bermimpi melalui sebuah perjalanan yang sangaaaaaat jauh, Penat dan lelah saya mengaharungi perjalanaan tersebut. Sehinggalah saya berhenti pada satu tempat. Kelihatan Abah saya berada di sana. Dia menyatakan sesuatu kepada saya. menjerit-jerit namun sukar untuk saya dengar apa yang dia katakan..
Tiba-tiba, saya rasa seolah-olah ditarik ke suatu tempat yang gelap. Takut menyelubungi hati saya.Segera saya amalkan zikir yang sentiasa saya lafaz apabila dalam keadaan takut..'Laahaulawala.......'
Satu suara yang mula2nya seperti suara Abah menyebut berulang kali "Surah Al-Israa' ayat 30"
Semakin saya dekat dengan tempat tu, semakin kuat bunyi suara tu menyebut berulang kali '"Surah Al-Israa' ayat 30" . Semakin saya berzikir, semakin kuat suara tu sampailah saya terbangun dari tidur pukul 2.30 pagi..

Lepas solat subuh, saya berdoa, mohon pada ALLAH semoga diberikan rezeki yang tidak terduga pada masa hadapan.. Then, ambil baju dan sterika. Masa tu terpandang Tafsir Quran di depan mata. Automatik teringat mimpi semalam. Cepat2 saya ambil Tafsir Quran, Buka surah Al-Israa' ayat 30. Baca ayatnya kemudian tafsirnya. Saya tersentak! Air mata mengalir laju. Teresak2 saya menangis pagi tadi sambil peluk Tafsir Quran tu.. Ini ayatnya kawan2, yang membuatkan saya mengalirkan air mata..
Ya ALLAH, benar2 terpana.. ALLAH mengetahui segala-galanya. Masalah dan rintihan hati ini, dan menenangkan hati ini dengan hanya satu ayat dari mimpi.. Sekarang, seakan-akan masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.. Subhanallah, bersyukur sangat sebab saya dapat rasakan ALLAH sentiasa melihat saya dan bersama diri ini...
Marilah kita bersyukur atas segala nikmat yang ALLAH berikan dan bertawakallah kepada-NYA, sesungguhnya DIA Maha Pemberi rezeki dan Maha Melihat.. DIA tidak akan sia-siakan kita, DIA tidak akan tinggalkan kita. ALLAH BERSAMA KITA.. InsyaALLAH..


No comments:
Post a Comment