Sunday, November 11, 2012

Forgive Me ~ Maher Zain


 

I’m about to lose the battle and cross the line
I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late

Forgive me… My heart is so full of regret
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..

Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late

Forgive me… My heart is so full of regret
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..
I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to

Forgive me… My heart is so full of regret
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..
Forgive me… My heart is so full of regret
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..

 

Saturday, November 10, 2012

Awal-awal Cuti...


Assalamualaikum WTB...

Apa khabar semua.. Harap semua sihat2 sahaja.. Alhamdulillah, hari ni nak menulis lagi.. Tentang family Che Nuha buat awal2 cuti ni.. Sekolah baru ja start cuti. Jadi macam2 la yang di buat oleh saya dan adik2 .. (Kakak dan kawan2 dekat U belajar la ya.. hihi) 

Masa cuti ni, tak dapat buat benda banyak sangat.. Sebab rumah 'in construction'.. Nak siapkan apa yang belum siap lagi.. Dan sememangnya menjadi rutin saya pukul 7.30am-5.00pm kena pakai tudung dalam rumah.. huhu Sabar saja la.. Yang penting jaga aurat.. ye tak? hihi

Ok la.. Nak tengok apa yang saya dan adik2 buat masa awal2 cuti ni? jeng3.. hehe

1) TIDO ~ Gambar: Helmi tido .. Tido memang satu keperluan dan sememangnya paling best nak buat masa cuti.. kan3? hihi

2) SOLAT & MENGAJI ~ Khusuk sangat Zaki tu.. Orang di belakang buat apa?...  Solat paling PENTING.. Cuti,cuti juga, solat NEVER cuti.. kecuali.. ABC.. hehe

3) WORDSEARCH ~ Boss(my cousin) sedang main wordseacrh saya.. Benda ni memang dah renyuk2 oleh saya. Tak kira masa dan di mana, kalau dah bosan, ini la yang saya buat.. hihi

4) MOVIE ~ Penuhnya panggung wayang.. haha Oleh kerana laptop saya ni penuh dengan cerita KARTUN dan movie2 lain, jadi memang menjadi tatapan setiap hari.. uhuk3 oh my laptop...

  
5) MAIN SERULING?? ~ err BAng Uda: salah seorang pemain seruling rumah..haha ini pun sentiasa berbunyi di rumah sepanjang cuti ni.. Semua pun try2 meniup dengan irama lagu hati masing2.. Antara lagu yang dimainkan ialah.. hehe 'Bapaku pulang dari kota dan lagu2 lain..'

6) FACEBOOKING or BLOGGING ~ Abang Firdaus baru nak buka internet tu.. tengok muka pun dah tau nak main facebook.. haha Nasib engko la broadband kena laju2 masa cuti ni.. hehe

 Hehe itulah semua yang dilakukan sepanjang awal2 cuti ni.. semua pun saya buat kecuali main seruling tu.. aduhai, tak reti nak meniup.. (sebenarnya tak panjang nafas.. haha)
Ok la, semua yang dah cuti, let's enjoy our holiday.. Yang belum cuti, belajar molek2, nanti cuti juga tu.. hihi .. In two days, saya akan fly ke Kelantan dangan family (ummi dan 4 orang adik) Jadi, InsyaAllah, nanti saya cerita apa yang saya buat masa cuti-cuti Kelantan dekat sana.. hehe ok, Jumpa lagi di laib entry.. InsyaAllah.. salam sayang.. Assalamualaikum..

Friday, November 9, 2012

DeAcTiVaTiNg...


Assalamualaikum WTB..

This entry just want to tell you all.. That my Facebook has been deactivated.. Maybe for a while.. Until my heart recover again..


I just can't keep holding my heart.. My thought.. So, I think I need to take a rest.. It's better than seeing them and make me hurt even more.. I'm sorry to all my friend.. Maybe that account will not be actives again.. I'm making another facebook maybe.. Just can't hold this feeling anymore.. maybe I should just listen to my family..  ~ Stop falling in LOVE. It's hurting..

And now, I'm giving my heart a break from that feeling..  So, I think I will just blogging.. 
~Give my heart a break for a while..


Free myself from everything for a while..

Thursday, November 8, 2012

Diam..



Diam..
Kini aku diam 
Sepi..
Kini aku diam dan akan menyepi..

Cuma takdir tidak pernah menyebelahiku
Dalam kisah-kisah cinta 
adam dan hawa
Teruna dan dara
Mungkin bukan di dunia
Mungkin di syurga sana..

Diam..
Maafkan aku kerana akan berdiam
Dan akan terus berdiam
Kerana kisah cintaku
Akan berakhir di sini...


Jadi Ummi??


Assalamualaikum WTB..

Alhamdulillah, saya menulis lagi hari ini.. hehe
Hari ini, ummi minta tolong jadi wakil untuk sign report card adik2 dekat SK Kilimu Ranau.. 



Siap2 dan bertolak pukul 8.00 pagi.. Sampai dekat sana, nampak ramai parents budak2.. Uhuk2, saya pun try buat muka matang (cewahh.. ) supaya nampak macam ibu2 sikit.. hihi..

Bila dah sampai turn nak tanda tangan report card adik2, rasa NERVOUS sangat. seriously.. Dup dap jantung ni.. Takut apa la result adik2.. Baru saya tahu, begini la perasaan parents saya bila nak sign report card anak2.. (Patutla my parents tak nak datang sign repaort card saya.. hihi)

Alhamdulillah, adik2 dapat keputusan yang baik.. Zaki dapat No.1, Auni dapat No.9.. Yang penting dua2 lulus.. hihi Apapun, hari ini satu pengalaman baru kepada saya.. Alhamdulillah...

Ok la, itu sahaja yang berlaku hari ni..  Jumpa lagi di lain entry.. Assalamualaikum..

Wednesday, November 7, 2012

Bila Senyummu Untuknya..


Ku kerling pada wajah-wajah itu
Tersenyum gembira bahagia
Lalu meletakkan aku
pada rasa berdosa dan bersalah
Kerana merampasnya dari mereka..

Dia dan kamu
Dua hati yang terikat mesra
Diredhai semua, direstui mereka
Senyummu dan senyumnya dari hati
Terikat dengan sebuah janji..

Bukan ingin ku tulis kisah kalian
Bukan ingin ku tangisi perkenalan kita
Namun ingin ku perbetulkan semua
Aku yang memijak jalan cinta
dan memutuskannya menjadi dua
saat hati kalian diikat bersama
Walau dengan kata gurauan dan perkelahian mesra..

Telah ku putuskan sebuah hubungan
Yang membuatkan si dia menangis sendiri
dalam senyap dalam puisi-puisnya
lewat tulisan pada alam maya
bagaimana untukku pohon seribu kemaafan
kerana mengambilnyaa darimu 
dan menjadikan dia milikku
Dengan kata-kata mesra dan sendu
hatinya yang dahulu milikmu
jatuh di hatiku yang datang berlalu..

Kini aku berusaha
mengembalikan segalanya 
kekal pada tempatnya semula
Agar senyummu dan senyumnya 
Bisa bersatu kembali
Walau ada hati yang perlu pergi
kerana itulah takdir Ilahi..

Izinkan aku sahabat
bertemunya di laman kasih
Untuk dua hari 
Pertama dan terakhir
walau ku tahu senyumnya tidak akan seindah
senyuman yang dia beri ketika bersamamu
Izinkan aku
Untuk kali pertama dan terakhir bertemunya..

aku yang memijak jalan cinta mereka
harus segera berundur pergi
harus segera mengingatkan hati
dia bukan milikku namun miliknya
lihat sahaja pada wajahnya
bila senyumnya untukmu, sahabatku
aku sedia berlalu pergi..


Nukilan teratak hati Che Nuha, 04.02pm, 7/11/2012

 

 


Monday, November 5, 2012

Rezeki dari si Besi Buruk


Assalamualaikum WTB..

Alhamdulillah, hari ini dapat menulis semula. Hari ini Che Nuha balik kampung. Alhamdulillah, exam dah habis. Walaupun banyak dugaan hari ini, Che Nuha bersyukur sebab Allah tetap permudahkan Che Nuha sampai ke rumah dan jadikan diri ini lebih berdikari.. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tu, saya jumpa seorang Mak cik Yang baik hati. masa nak naik bas '50sen' yang memang kena berhimpit2 (saya dengan beg2 yang penuh di tangan dan terpaksa berjuang nak naik bas) berdiri di tepi2 tempat duduk. Tiba-tiba seorang makcik tu cuit tangan saya dan bagi isyarat 'duduk lah..' dekat tempat duduk anak dia. dia pun suruh anak dia yang umur dalam 9 / 10 tahun duduk atas riba dia.. sob3 terharu sangat saya.. Sangat berterima kasih pada Mak cik tu. Alhamdulillah, dapat duduk dalam bas yang penuh dengan penumpang..(Jalan berliku seorang diri dari Tuaran-KK-Ranau)

Semasa perjalanan balik tu, 'unser' singgah dekat satu tempat. Nak tukar tayar sekejap kata uncle tu.. and the place is, di tempat macam ni..


Workshop tu terletak bersebelahan dengan tempat pengumpulan besi buruk.. memang banyak besi2 buruk sampai bertimbun-timbun macam gunung. Mula-mula saya terfikir. Kenapa Allah sampaikan saya di tempat macam ni.. Then suddenly, ada seorang lelaki dari tempat besi2 buruk tu. Mungkin lepas mengangkat atau menyusun besi-besi tu gunakan jentolak.. Dia duduk seorang diri merenung besi-besi buruk tu.. Apalah agaknya yang difikirkan dia. Namun, yang mengejutkan saya, dia tersenyum tengok besi-besi buruk tu. selepas itu menghilang mungkin menyambung kerjanya semula..

Apa yang dapat saya fikirkan? pertama sekali ialah; senyuman lelaki itu tanda dia BERSYUKUR.. 
~ Bersyukur walaupun rezekinya di tempat timbunan besi-besi buruk..

Saya rasa sungguh malu dan terharu. Malu kerana masih belum bersyukur walaupun hidup di tempat yang selesa. Terharu kerana saya dapat berjumpa dengan seorang hamba Allah yang masih mampu tersenyum walaupun mungkin kita menarik muka masam apabila berkerja di tempat seperti itu. Iya benar, apa yang penting ialah 'REZEKI YANG HALAL'..

Alhamdulillah, apa yang saya dapat hari ini ialah ;
Tak kira lah kita berkerja di mana, dengan siapa dan apa pun jua hatta seorang pengumpul dan penjual besi buruk sekalipun, pastikan ia adalah rezeki yang halal hasil titik peluh dan usaha kita..



Sepanjang perjalanan saya berfikir. merenung kembali apa yang saya lakukan untuk dapatkan rezeki yang halal.. Dan akhirnya, dapat satu idea.. 'Nak cuba berkerja masa cuti ni..' hehe Ok la, itu sahaja yang dapat saya kongsikan bersama.. Bertemu lagi di lain entry.. Salam sayang.. Assalamualaikum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved || Che Nuha Blog