Tuesday, November 26, 2013

R...I....N...D...U..


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menulis semula di dada laman maya ni.. Hari ni terasa sangat rindu..

Rindu pada ALLAH, Rindu pada NABI.. 
Rindu pada diri yang dulu..
Suatu hari nanti, aku pasti akan pulang..



Friday, November 15, 2013

DIA Kirimkan aku hadiah Istimewa..




Aku tangisi sebuah kehilangan
Lalu dia menyapa doaku
Saat menitiskan air mata dalam doa
DIA mendengar aku
DIA bersama aku
DIA sentiasa ada untukku..

Hari ini sebuah cerita duka
DIA hiasi hariku dengan sebuah berita ceria
DIA memberi walau bukan saat aku meminta
Kerana DIA mengaturkan masa yang terbaik
Untuk membalutkan kedukaan yang tiba..

YA ALLAH
ENGKAU tahu hatiku
ENGKAU tahu tangisku
ENGKAU tahu apa ku mahu..
ALHAMDULILLAH...



" Usah berduka dilanda kesusahan, kerana DIA berjanji mengelap air matamu dengan kegembiraan.. DIA tidak memberi apa yang kau mahu sekarang, kerana DIA menyimpan hadiah itu untuk saat kau perlukan sebuah kegembiraan.."



Alhamdulillah.. Walaupun hari ni laptop rosak, tp ALLAH bagi menang hadiah peraduan Tudung Nur.. Jom kawan2, layari TUDUNG NUR untuk tudung yang canti, menutup aurat dan menepati syariah.. :)

Friday, October 18, 2013

Benarkah Ini cinta?




Ya ALLAH
Benarkah ini cinta?
Benarkah apa yang ku rasa?
Benarkah ini yang ku cari?
Benarkah apa semua yang terjadi?..

Ya Rabbi,
Tersungkur aku dalam pelukan cinta
Sekali lagi mengulangi dosa dan noda
Bagaikan sebuah cerita tentang dosa dan pahala
Aku watak utama berperang antara syurga dan neraka
Iman dan nafsu silih berganti menang pada rasa
Namun akhirnya diri penat dan lelah
Tersungkur aku di pintu syurga..

Ya Ilahi,
benarkah ini jalan cinta yang ku cari?
Betapa aku harapkan pahala melingkari
Dari sebuah ikatan pernikahan yang belum pasti
Di buai seribu kenikmatan dosa yang mengikat diri
atas nama sebuah perhubungan yang akhirnya pernikahan
Aku tersungkur wahai Tuhanku
Lelah dan lemah dalam pelukan nafsu
Bukan tiada tahu dosa dan pahala
Namun kerana namanya cinta
Aku korbankan segala..

Ya ALLAH,
Benarkah ini cinta?
Atau cuma jalan ke neraka?
Aku perlukan-MU memimpinku pulang
kerana Aku benar-benar sudah jauh dari landasan
Kadangkala sesal mendatang
Mengapa harus diteruskan
Sedang aku tahu akhirnya bukan keindahan
benarlah syurga itu dilingkari kepayahan
Sedangkan neraka itu di kelilingi kenikmatan!

Wahai diriku, 
Inikah cinta yang kau cari
Yang akhirnya menjerumusmu ke kancah dosa dan noda?
Benarkah ini cinta kurniaan Ilahi?
Yang kononnya suci dan murni?
Sedangkan ianya dilingkari maksiat tanpa henti?
Benarkah? Benarkah? Benarkah?

Ya Rabbi,
Izinkan aku kembali lagi
Setelah berkali-kali aku berpaling dan kembali
Kerana pada siapakah lagi akan ku pergi
melainkan ENGKAU yang Maha Pengampun
Jangan biarkan hidup ini ditentukan seribu janji
Yang mungkin akan pergi
Apabila manisnya sudah tiada lagi
Aku menjadi buangan, sampah yang tiada bernilai
dan sendiri tersungkur di pintu syurga...



Tuesday, October 8, 2013

Layakkah??..



Layakkah kau menghukum
Hanya kerana satu kesalahan
Layakkah kau berbicara lantang
Menyebarkan aib dan kisah-kisah
Sedangkan selama ini dialah teman
Sedangkan selama ini seribu kebaikan
Namun segalanya dilupakan
Hanya kerana satu kesalahan..

Duhai sahabatku
Mungkin sampai di sini persahabatan kita
aku sudah tidak mampu percaya
Aku sudah penat di kata
Aku sudah penat dijeling rasa
Aku sudah penat dengan tipu daya kalian..

Sampai di sini sahaja
Padamkan segala-sagalanya
Biar kita jadi seperti tidak mengenali
Kerana kau juga tidak dapat menerima
Siapa aku yang hanya manusia
Kadangkala khilaf dan punya dosa
Tidak sepertimu umpama malaikat
Tiada dosa dan juga noda kononnya
Semoga kau juga sedar kelak
Kau hanya manusia biasa
Dan TUHAN akan mengujimu juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved || Che Nuha Blog