Thursday, February 7, 2013

Semoga Bukan Itu..




Ya ALLAH, hatiku bergetar. Terasa sangat takut dengan berita yang bakal ku terima.
Seandainya telah ENGKAU takdirkan aku mendapat ujian itu, aku redha..
Namun ya ALLAH, sesungguhnya aku sangat takut menghadapinya.
Positif? Negatif?
Ya Allah, bagaimanakah nasibku nanti.. 

Sebuah puisi yang ku tuliskan akankah menjadi kenyataan?
Pertunanganku dengan sakit itu, yang akan merobek masa depanku..
Ya ALLAH, ku mohon kekuatanmu. Aku benar2 takut..

Petang ini mungkin penentuannya. Petang ini akan ada jawapannya. Jawapan pada warna merah yang sering ku muntahkan kebelakangan ini.. Ya ALLAH, semoga bukan itu. Bukan yang ku fikirkan.. Aku masih ingin merasakan nikmat sihat ini.. Ya ALLAH, berikan kekuatan padaku...

Semoga 'Negatif' jawapannya ya ALLAH.. Aku takut.. berikan aku kekuatan..
Namun aku percaya, ENGKAU pasti tidak akan memberikan ujian yang tidak mampu aku galas.. 
Ya ALLAH, andai jawapannya 'Positif', jadikan diri ini redha menerima suratan-MU dan berjuang untuk meneruskan kehidupan yang mungkin tidak akan lama lagi...

Aku pasti kuat. Aku MESTI kuat.. InsyaAllah, ALLAH pasti bersamaku menghadapi ujian ini.. 
Semoga segalanya baik2 sahaja... AMINN...

Wednesday, February 6, 2013

Teduhan Kasih



~Teduhan Kasih~

Bersandar aku di bawah teduhan kasih
teduhan kasih ayah dan bonda serta keluarga
juga teduhan kasih di payungi hatimu
yang saban malam berbicara gelak dan tawa
walau ungkapanku kadangkala berbisa
kadangkala juga penuh dengan rasa
mungkin juga selalu duka
namun teduhan kasihmu tidak pernah goyah ...

kadangkala terfikir olehku
mampukah aku menjadi yang terbaik untukmu
menjadi teduhan kasih juga buatmu
apabila sebuah ikatan pernikahan terpatri
menjadikan kita satu dan saling melengkapi
teguh dan saling menguatkan
agar teduhan kasih kita terus kekal walau berzaman...

teduhan kasihmu bakal imamku
ku harapkan semoga ia hingga ke syurga
biarlah aku menjadi ketua bidadarimu di sana
kerana itu ingin aku hiasi kasih sayang kita dengan rahmat
agar berkahnya tetap bercambah
melahirkan ummat Rasulullah yang mempertahankan Islam
Agar dunia sementara ini disirami laungan kalimah-NYA..

di bawah teduhan kasihmu
telah ku pohon dalam doa-doaku
semoga ini terbaik untukku
terus berada di bawah teduhan kasihmu
untuk hari ini, esok dan hingga ke syurga...

teduhan kasih
sebuah harapan
sebuah impian
walau kematian memisahkan kita
semoga syurga menemukan kita semula..

(teduhan kasih, IPG kent Tuaran, bilik A205, 08.20pm)

Islam, Iman , Ihsan


بسم الله الر حمن الر حيم

Riwayat Muslim

Maksudnya: 

Dari Umar bin Al Khattab r.a., katanya: Pada suatu hari, dalam masa kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki:  Putih melepak pakaiannya, hitam legam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan (sebagai seorang pengembara), dan tidak ada seorang pun dari kami yang mengenalinya; (demikianlah halnya) sehinggalah ia duduk mengadap Nabi s.a.w. lalu ia menemukan kedua lututnya kepada kedua lutut Baginda sambil meletakkan kedua tapak tangannya atas kedua pahanya serta berkata:  "Wahai Muhammad! Beritahulah kepada ku tentang (dasar-dasar) Islam?" Maka Rasulullah s.a.w. menerangkan:  "(Dasar-dasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadat (meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan engkau mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta berpuasa pada bulan Ramadan dan juga engkau mengerjakan Haji ke Baitullah jika engkau mampu sampai kepadanya." (Mendengarkan penerangan Baginda yang demikian) ia berkata:  "Benarlah apa yang tuan katakan itu!" Kata Umar: Maka kami merasa hairan terhadap orang itu - ia bertanya kepada Baginda dan ia juga mengesahkan benarnya (sebagai seorang yang mengetahui perkara yang ditanyakannya itu).

 Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang Iman?" Nabi s.a.w. menerangkan:  "(Iman itu ialah) engkau beriman kepada Allah,  Malaikat MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, serta Hari Akhirat; dan engkau beriman kepada takdir (yang ditentukan oleh Allah) - baiknya dan buruknya." (Mendengarkan yang demikian) ia berkata: "Benarlah apa yang tuan katakan itu." 

Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang Ihsan?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Ihsan itu ialah) engkau mengerjakan ibadat kepada Allah Taala seolah-olah engkau melihatNya (memerhatikan keadaanmu), kiranya engkau tidak dapat melakukan yang demikian maka ingatlah bahawa Allah Taala tetap memerhatikan keadaan mu."

 Kemudian orang itu bertanya lagi: "(Selain itu) maka beritahulah kepada ku tentang (masa berlakunya) hari qiamat?" Nabi s.a.w. menjawab:  "Orang yang ditanyakan mengenai hal itu bukanlah seorang yang lebih mengetahui dan yang bertanya." Orang itu bertanya lagi: "Jika demikian maka beritahulah kepada ku tentang tanda-tanda kedatangan hari qiamat itu?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Tanda-tanda itu ialah engkau akan dapati) adanya hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya dan engkau akan melihat orang-orang (penduduk desa) yang berkaki ayam, yang tidak berpakaian sempurna,  yang miskin menderita, yang menjadi gembala kambing bermegah-megah dan berlawan-lawan antara satu dengan yang lain dalam perkara membina bangunan-bangunan yang tinggi. " Umar berkata: Kemudian orang itu pun pergilah, maka tinggallah aku beberapa hari (memikirkan halnya dan hendak mengetahui siapa dia).

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku, sabdanya: "Wahai Umar! Tahukah engkau siapa orang yang bertanya itu?" Aku menjawab:  "Allah dan RasulNya jualah yang mengetahui. " 
Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Orang itu ialah Jibril, ia datang untuk mengajar kamu akan agama kamu."




Iman dan Islam..


بسم الله الر حمن الرحيم



Dari Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ; Islam itu ditegakkan atas lima dasar : Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan  الله , dan bahawa Nabi محمد  itu hamba-NYa dan utusan-NYA, mendirikan solat, menunaikan zakat, Haji ke Baitullah dan Berpuasa di bulan Ramadhan..
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved || Che Nuha Blog