.jpg)
Ya ALLAH
Benarkah ini cinta?
Benarkah apa yang ku rasa?
Benarkah ini yang ku cari?
Benarkah apa semua yang terjadi?..
Ya Rabbi,
Tersungkur aku dalam pelukan cinta
Sekali lagi mengulangi dosa dan noda
Bagaikan sebuah cerita tentang dosa dan pahala
Aku watak utama berperang antara syurga dan neraka
Iman dan nafsu silih berganti menang pada rasa
Namun akhirnya diri penat dan lelah
Tersungkur aku di pintu syurga..
Ya Ilahi,
benarkah ini jalan cinta yang ku cari?
Betapa aku harapkan pahala melingkari
Dari sebuah ikatan pernikahan yang belum pasti
Di buai seribu kenikmatan dosa yang mengikat diri
atas nama sebuah perhubungan yang akhirnya pernikahan
Aku tersungkur wahai Tuhanku
Lelah dan lemah dalam pelukan nafsu
Bukan tiada tahu dosa dan pahala
Namun kerana namanya cinta
Aku korbankan segala..
Ya ALLAH,
Benarkah ini cinta?
Atau cuma jalan ke neraka?
Aku perlukan-MU memimpinku pulang
kerana Aku benar-benar sudah jauh dari landasan
Kadangkala sesal mendatang
Mengapa harus diteruskan
Sedang aku tahu akhirnya bukan keindahan
benarlah syurga itu dilingkari kepayahan
Sedangkan neraka itu di kelilingi kenikmatan!
Wahai diriku,
Inikah cinta yang kau cari
Yang akhirnya menjerumusmu ke kancah dosa dan noda?
Benarkah ini cinta kurniaan Ilahi?
Yang kononnya suci dan murni?
Sedangkan ianya dilingkari maksiat tanpa henti?
Benarkah? Benarkah? Benarkah?
Ya Rabbi,
Izinkan aku kembali lagi
Setelah berkali-kali aku berpaling dan kembali
Kerana pada siapakah lagi akan ku pergi
melainkan ENGKAU yang Maha Pengampun
Jangan biarkan hidup ini ditentukan seribu janji
Yang mungkin akan pergi
Apabila manisnya sudah tiada lagi
Aku menjadi buangan, sampah yang tiada bernilai
dan sendiri tersungkur di pintu syurga...




