Sunday, September 29, 2013

Bila Bersyukur..


Bila seolah masa depan masih pudar
Ingatlah ALLAH berjanji membela nasibmu
Bila keinginan masih belum tertunai
Ingatlah ALLAH akan memberimu kelak..

DIA berjanji hidup ini satu pusingan roda
Bukan sekarang tetapi nanti
Sepertinya kata bonda yang bicara
saat aku merungut tentang kehidupan
Betapa bonda mengingatkan
Setiap orang punya rezeki 
Dan pasti kita juga akan diberi
Tapi bukan masanya kini
Mungkin esok atau nanti..

Lalu ayahanda menitip pesan
Bukan apa yang orang lain dapat
Jangan dilihat nikmat mereka yang lain
Ianya tentang adakah syukur 
masih terlakar dibibir dan hatimu
Akan nikmat kehidupan yang DIA berikan
Kerana ada yang kita punya namun mereka tiada..

Lalu bersyukurlah
Walau sedikit walau banyak
Walau kelihatan jauh atau yang sudah dekat
Sesungguhnya DIA maha penyanyaang
Sesungguhnya DIA tidak pernah meninggalkan kita
Rahmat dan kasih sayangnya akan terus bersama
Buat mereka yang bersyukur
Kerana DIA berfirman;







Tuesday, September 24, 2013

www.tudungnur.com : Ceritaku Dan Tudung Bidang 60



Alhamdulillah.. Terima kasih Tudung Nur..



Assalamualaikum wtb.. Alhamdulillah, sekian lama tak update blog sunyi ni.. Hari ni terpanggil untuk menulis semula. Sebuah pertandingan begitu menarik-narik hati ini untuk menyertainya. Juga boleh dikatakan kisah ini tertulis kerana pertandingan itu, juga kerana ingin diri ini menyampaikan sebuah kisah ; Diri ini dan Tudung bidang 60 ku..

Dari Keluarga

Sebuah  mukadimahnya, saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sangat mementingkan agama. Penjagaan aurat dan pemakaian sangat dititik beratkan oleh abah. Sedari kecil kami dibiasakan dengan tudung dan Alhamdulillah, kekal sehingga kini dan insyaALLAH akan terus sehingga akhir nanti.. 

Segalanya bermula sejak saya berada di tingkatan satu. keinginan untuk memakai tudung bidang 60 membuak-buak. Saya suarakan  kepada ummi dan ummi hanya tersenyum. Saya bertanya abah, abah kata " Selagi tudung tu menepati syarat menutup aurat, pakailah apa sahaja, abah benarkan.."

Bermulalah kehidupan saya dengan tudung bidang 60. Ketika itu, tudung yang agak 'famous' adalah dari jenama ****. Saya gembira dengan tudung-tudung **** dahulu. Namun, tiba saat ketika saya berada di tingkatan 5. Ummi menyuarakan kebimbangannya. 
'Hani, ummi tengok tudung Hani macam jarang. Kita cuba cari yang lebih tebal ya.. "
Saya cuma mengangguk dan atas usaha, saya memakai tudung lapis kecil di dalam agar tidak nampak bayang-bayang mahupun leher..



Mula mencari

Selepas habis matrikulasi, saya melanjutkan pelajaran ke IPG. Alhamdulillah, rezeki di situ. Pemaikaian tudung masih seperti itu. Suatu hari, kakak yang sedang belajar di UM menghubungi. Mencadangkan saya melihat sebuah laman web tudung yang digemarinya memandangkan dia pernah ke kedai tudung tersebut. TUDUNG NUR. Namanya mula memikat hati saya. Saya mula mencari laman web  Tudung Nur dan Alhamdulillah, saya bertemu dengan tudung idaman kalbu saya selama ini.. 

Betapa gembiranya saya melihat pelbagai tudung yang menarik, pelbagai warna dan paling penting semua menepati syarat yang saya ingin. TIDAK JARANG dan LABUH.. Terus saya melihat gambar-gambar yang tertra sambil berharap saya mampu memiliki semua tudung itu suatu hari nanti. Memandangkan belum mempunyai bajet yang cukup, saya pendamkan hasrat tersebut. namun, tiada siapa tahu saya melihat laman web tersebut hampir setiap hari...
Berharap dan terus berharap..

Tudung jenama **** 


Rezeki tiba

Alhamdulillah, pada tahun 2013, rezeki ada di situ. Pada ketika itu, ada sedikit duit lebih dan saya terus membeli empat helai tudung HELWA dan 2 helai tudung kaktus untuk ummi. Saya sangat tertarik dengan tudung HELWA. Warnanya yang menarik di samping labuh membuatkan saya ingin memiliki lebih banyak koleksi tudung tersebut. Namun, setakat ini hanya 4 helai yang saya mampu miliki.. 

Bermulalah kehidupan saya dengan tudung HELWA. saya lebih berkeyakinan kerana tudungnya yang tidak jarang dan tidak panas. Sangat selesa!. Walaupun saya masih memakai tudung jenama ****, namun Tudung HELWA tetap menjadi pilihan saya ketika pergi kuliah dan berjalan-jalan dengan rakan atau keluarga. Malah, saya juga memakai tudung ini ketika hari raya tahun ni.. ALhamdulillah.. tercapai hasrat saya memakai tudung yang cantik ini.

Bersama kawan2- Jalan2

Raya 2013

Raya 2013

Menjadi pilihan ke mana jua..


Ingin Memiliki lagi

InsyaALLAH, jika ada rezeki pada tahun hadapan,Ingin sekali menambah koleksi Tudung Nur.. Melihat pelbagai jenis Tudung baru tiba, hati ini terus melonjak kegembiraan. Pasti, akan miliki lagi kelak.. Terima kasih tudung Nur kerana tampil memperkenalkan tudung yang kini merupakan  idaman dan kegemaran saya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved || Che Nuha Blog