Tuesday, November 26, 2013

R...I....N...D...U..


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menulis semula di dada laman maya ni.. Hari ni terasa sangat rindu..

Rindu pada ALLAH, Rindu pada NABI.. 
Rindu pada diri yang dulu..
Suatu hari nanti, aku pasti akan pulang..



Friday, November 15, 2013

DIA Kirimkan aku hadiah Istimewa..




Aku tangisi sebuah kehilangan
Lalu dia menyapa doaku
Saat menitiskan air mata dalam doa
DIA mendengar aku
DIA bersama aku
DIA sentiasa ada untukku..

Hari ini sebuah cerita duka
DIA hiasi hariku dengan sebuah berita ceria
DIA memberi walau bukan saat aku meminta
Kerana DIA mengaturkan masa yang terbaik
Untuk membalutkan kedukaan yang tiba..

YA ALLAH
ENGKAU tahu hatiku
ENGKAU tahu tangisku
ENGKAU tahu apa ku mahu..
ALHAMDULILLAH...



" Usah berduka dilanda kesusahan, kerana DIA berjanji mengelap air matamu dengan kegembiraan.. DIA tidak memberi apa yang kau mahu sekarang, kerana DIA menyimpan hadiah itu untuk saat kau perlukan sebuah kegembiraan.."



Alhamdulillah.. Walaupun hari ni laptop rosak, tp ALLAH bagi menang hadiah peraduan Tudung Nur.. Jom kawan2, layari TUDUNG NUR untuk tudung yang canti, menutup aurat dan menepati syariah.. :)

Friday, October 18, 2013

Benarkah Ini cinta?




Ya ALLAH
Benarkah ini cinta?
Benarkah apa yang ku rasa?
Benarkah ini yang ku cari?
Benarkah apa semua yang terjadi?..

Ya Rabbi,
Tersungkur aku dalam pelukan cinta
Sekali lagi mengulangi dosa dan noda
Bagaikan sebuah cerita tentang dosa dan pahala
Aku watak utama berperang antara syurga dan neraka
Iman dan nafsu silih berganti menang pada rasa
Namun akhirnya diri penat dan lelah
Tersungkur aku di pintu syurga..

Ya Ilahi,
benarkah ini jalan cinta yang ku cari?
Betapa aku harapkan pahala melingkari
Dari sebuah ikatan pernikahan yang belum pasti
Di buai seribu kenikmatan dosa yang mengikat diri
atas nama sebuah perhubungan yang akhirnya pernikahan
Aku tersungkur wahai Tuhanku
Lelah dan lemah dalam pelukan nafsu
Bukan tiada tahu dosa dan pahala
Namun kerana namanya cinta
Aku korbankan segala..

Ya ALLAH,
Benarkah ini cinta?
Atau cuma jalan ke neraka?
Aku perlukan-MU memimpinku pulang
kerana Aku benar-benar sudah jauh dari landasan
Kadangkala sesal mendatang
Mengapa harus diteruskan
Sedang aku tahu akhirnya bukan keindahan
benarlah syurga itu dilingkari kepayahan
Sedangkan neraka itu di kelilingi kenikmatan!

Wahai diriku, 
Inikah cinta yang kau cari
Yang akhirnya menjerumusmu ke kancah dosa dan noda?
Benarkah ini cinta kurniaan Ilahi?
Yang kononnya suci dan murni?
Sedangkan ianya dilingkari maksiat tanpa henti?
Benarkah? Benarkah? Benarkah?

Ya Rabbi,
Izinkan aku kembali lagi
Setelah berkali-kali aku berpaling dan kembali
Kerana pada siapakah lagi akan ku pergi
melainkan ENGKAU yang Maha Pengampun
Jangan biarkan hidup ini ditentukan seribu janji
Yang mungkin akan pergi
Apabila manisnya sudah tiada lagi
Aku menjadi buangan, sampah yang tiada bernilai
dan sendiri tersungkur di pintu syurga...



Tuesday, October 8, 2013

Layakkah??..



Layakkah kau menghukum
Hanya kerana satu kesalahan
Layakkah kau berbicara lantang
Menyebarkan aib dan kisah-kisah
Sedangkan selama ini dialah teman
Sedangkan selama ini seribu kebaikan
Namun segalanya dilupakan
Hanya kerana satu kesalahan..

Duhai sahabatku
Mungkin sampai di sini persahabatan kita
aku sudah tidak mampu percaya
Aku sudah penat di kata
Aku sudah penat dijeling rasa
Aku sudah penat dengan tipu daya kalian..

Sampai di sini sahaja
Padamkan segala-sagalanya
Biar kita jadi seperti tidak mengenali
Kerana kau juga tidak dapat menerima
Siapa aku yang hanya manusia
Kadangkala khilaf dan punya dosa
Tidak sepertimu umpama malaikat
Tiada dosa dan juga noda kononnya
Semoga kau juga sedar kelak
Kau hanya manusia biasa
Dan TUHAN akan mengujimu juga..

Wednesday, October 2, 2013

Gerimis hati


Gerimis di hati jatuh membasahi
seolah air mata yang tidak tertahan
Hanya mampu tersenyum menyembunyikan
Hati rawan dan penuh tangisan..

Apabila bahagia menyapa
Pastinya tersenyum sehingga diri terlupa
DIA menguji dengan sedikit nikmat
LAlu kufur menjadi mainan hati
DIA mengambil semua manisnya
Lalu hanya yang  tinggal
Cuma gerimis yang dibawa senja dan malam...

Dalam diam hati menangis
Ada bahagia yang bukan punya kita
Ada rahsia yang terpatri di dada
Untuk apakah sebuah cinta
Andai akhirnya tawar tiada rasa..

Jauh hatiku, jauh lagi hatimu
Benar kini aku fahami
Cinta nafsu tiada abadi
Cinta kerana-NYA kekal hingga ke jannah,,

Biarkan aku sembunyikan duka dan air mata ini
Biar kau sembunyikan luka kita dengan tawa
Biar kita terus berpura dan tersenyum
Kerana ini cuma mungkin ujian yang SATU
Melihat dan menegur dengan cara paling halus
Atau sebuah petanda dari-NYA
Sememangnya bukan kau milikku...

Gerimis hatiku
Meninggalkan lopak-lopak air mata
Masih tersisa namun akan kering akhirnya
menanti saat mentari menyinar semula
Membawa sebuah makna cinta
Yang benar dengan redha-NYA..

Gerimis hati
Berlalulah pergi
Ini ujian Ilahi
Ini ujian hati... 


Sunday, September 29, 2013

Bila Bersyukur..


Bila seolah masa depan masih pudar
Ingatlah ALLAH berjanji membela nasibmu
Bila keinginan masih belum tertunai
Ingatlah ALLAH akan memberimu kelak..

DIA berjanji hidup ini satu pusingan roda
Bukan sekarang tetapi nanti
Sepertinya kata bonda yang bicara
saat aku merungut tentang kehidupan
Betapa bonda mengingatkan
Setiap orang punya rezeki 
Dan pasti kita juga akan diberi
Tapi bukan masanya kini
Mungkin esok atau nanti..

Lalu ayahanda menitip pesan
Bukan apa yang orang lain dapat
Jangan dilihat nikmat mereka yang lain
Ianya tentang adakah syukur 
masih terlakar dibibir dan hatimu
Akan nikmat kehidupan yang DIA berikan
Kerana ada yang kita punya namun mereka tiada..

Lalu bersyukurlah
Walau sedikit walau banyak
Walau kelihatan jauh atau yang sudah dekat
Sesungguhnya DIA maha penyanyaang
Sesungguhnya DIA tidak pernah meninggalkan kita
Rahmat dan kasih sayangnya akan terus bersama
Buat mereka yang bersyukur
Kerana DIA berfirman;







Tuesday, September 24, 2013

www.tudungnur.com : Ceritaku Dan Tudung Bidang 60



Alhamdulillah.. Terima kasih Tudung Nur..



Assalamualaikum wtb.. Alhamdulillah, sekian lama tak update blog sunyi ni.. Hari ni terpanggil untuk menulis semula. Sebuah pertandingan begitu menarik-narik hati ini untuk menyertainya. Juga boleh dikatakan kisah ini tertulis kerana pertandingan itu, juga kerana ingin diri ini menyampaikan sebuah kisah ; Diri ini dan Tudung bidang 60 ku..

Dari Keluarga

Sebuah  mukadimahnya, saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sangat mementingkan agama. Penjagaan aurat dan pemakaian sangat dititik beratkan oleh abah. Sedari kecil kami dibiasakan dengan tudung dan Alhamdulillah, kekal sehingga kini dan insyaALLAH akan terus sehingga akhir nanti.. 

Segalanya bermula sejak saya berada di tingkatan satu. keinginan untuk memakai tudung bidang 60 membuak-buak. Saya suarakan  kepada ummi dan ummi hanya tersenyum. Saya bertanya abah, abah kata " Selagi tudung tu menepati syarat menutup aurat, pakailah apa sahaja, abah benarkan.."

Bermulalah kehidupan saya dengan tudung bidang 60. Ketika itu, tudung yang agak 'famous' adalah dari jenama ****. Saya gembira dengan tudung-tudung **** dahulu. Namun, tiba saat ketika saya berada di tingkatan 5. Ummi menyuarakan kebimbangannya. 
'Hani, ummi tengok tudung Hani macam jarang. Kita cuba cari yang lebih tebal ya.. "
Saya cuma mengangguk dan atas usaha, saya memakai tudung lapis kecil di dalam agar tidak nampak bayang-bayang mahupun leher..



Mula mencari

Selepas habis matrikulasi, saya melanjutkan pelajaran ke IPG. Alhamdulillah, rezeki di situ. Pemaikaian tudung masih seperti itu. Suatu hari, kakak yang sedang belajar di UM menghubungi. Mencadangkan saya melihat sebuah laman web tudung yang digemarinya memandangkan dia pernah ke kedai tudung tersebut. TUDUNG NUR. Namanya mula memikat hati saya. Saya mula mencari laman web  Tudung Nur dan Alhamdulillah, saya bertemu dengan tudung idaman kalbu saya selama ini.. 

Betapa gembiranya saya melihat pelbagai tudung yang menarik, pelbagai warna dan paling penting semua menepati syarat yang saya ingin. TIDAK JARANG dan LABUH.. Terus saya melihat gambar-gambar yang tertra sambil berharap saya mampu memiliki semua tudung itu suatu hari nanti. Memandangkan belum mempunyai bajet yang cukup, saya pendamkan hasrat tersebut. namun, tiada siapa tahu saya melihat laman web tersebut hampir setiap hari...
Berharap dan terus berharap..

Tudung jenama **** 


Rezeki tiba

Alhamdulillah, pada tahun 2013, rezeki ada di situ. Pada ketika itu, ada sedikit duit lebih dan saya terus membeli empat helai tudung HELWA dan 2 helai tudung kaktus untuk ummi. Saya sangat tertarik dengan tudung HELWA. Warnanya yang menarik di samping labuh membuatkan saya ingin memiliki lebih banyak koleksi tudung tersebut. Namun, setakat ini hanya 4 helai yang saya mampu miliki.. 

Bermulalah kehidupan saya dengan tudung HELWA. saya lebih berkeyakinan kerana tudungnya yang tidak jarang dan tidak panas. Sangat selesa!. Walaupun saya masih memakai tudung jenama ****, namun Tudung HELWA tetap menjadi pilihan saya ketika pergi kuliah dan berjalan-jalan dengan rakan atau keluarga. Malah, saya juga memakai tudung ini ketika hari raya tahun ni.. ALhamdulillah.. tercapai hasrat saya memakai tudung yang cantik ini.

Bersama kawan2- Jalan2

Raya 2013

Raya 2013

Menjadi pilihan ke mana jua..


Ingin Memiliki lagi

InsyaALLAH, jika ada rezeki pada tahun hadapan,Ingin sekali menambah koleksi Tudung Nur.. Melihat pelbagai jenis Tudung baru tiba, hati ini terus melonjak kegembiraan. Pasti, akan miliki lagi kelak.. Terima kasih tudung Nur kerana tampil memperkenalkan tudung yang kini merupakan  idaman dan kegemaran saya..


Tuesday, June 18, 2013

Bila Diri Disayangi..


Bila diri disayangi
DIA memberikan sedikit cubaan dan ujian
DIA mengurangi agar diri merintih menemuinya dalam sujud dan malam
DIA mengambil agar tahu menghargai dan sedar semua pinjaman-NYA semata
DIA menguji dengan sedikit kesakitan agar bersyukur saat masih bertenaga
Semuanya kerana sayangnya ALLAH pada kita
Kerana DIA ingin kita tahu
ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA.. 



Untuk diri sendiri.. Semoga cepat sembuh dan dapat ke kuliah semula...

Tuesday, May 21, 2013

Mengertilah


Pernah suatu ketika dulu
Diri ini percaya sepenuh hati
Namun akhirnya ia hilang tanpa dapat kugapai lagi
Lalu kasih
Maafkan aku jika percayaku bukan sepenuhnya
Kepercayaan yang pernah dahulu musnah
Mana mungkin ku lupa sakitnya..

Pernah suatu ketika dulu
Hati ini terlalu menyayangi
Namun akhirnya dia pergi
Katanya menjaga hubungan itu ini
Lalu mungkin aku yang tidak faham, aku undur diri
juga aku pernah dicurangi 
Aku juga belajar untuk menduakan 
Kerana takut aku ditinggalkan lagi 
jatuh tanpa dapat ku mendongak kembali
Sedangkan janji ditabur merata
Aku serahkan segalanya

Maka kasih
Jangan pernah kau tanyakan 
mengapa aku berhati-hati menyayangi
Mengapa jarang untukku menyatakan cinta
Mengapa sedikit sekali aku menyatakan rindu
Aku cuma takut 
mungkin nanti kasihmu berubah arah
Kerana kau percaya hati itu bisa berubah
mungkin nanti kau berasa penat denganku
kerana diri ini tidak mungkin dapat memenuhi semuanya
Atau mungkin nanti ada yang lebih baik
mengambilmu dariku
Lalu apa yang akan tinggal padaku
Hanya sekeping hati yang retak
Dicantumkan dengan impian
Dan akhirnya hancur kembali
Ku takut aku tidak punya cinta lagi nanti..

Jangan tanyakan aku kasih
Mengapa dan mengapa
Mengerti hati ini pernah sakit
Seperti mana hatimu pernah dilukai
Tidak mungkin ku ulangi kesilapannya yang menyakitimu
Seperti aku yang berharap kau tidak mengulangi kesilapan dia padaku..




Monday, May 20, 2013

Jar Of Hearts - Christina Perri



No I can't take one more step towards you
Cause all that's waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live half alive
And now you want me one more time... 

And who do you think you are
Running around leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart, 
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me.
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

And I've learned to live half alive
And now you want me one more time

And who do you think you are
Running around leaving scars
Collecting your jar of hearts, 
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Who do you think you are?

It took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

And who do you think you are
Running around leaving scars
Collecting your jar of heart
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all! 

And who do you think you are
Running around leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all
Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?







Friday, May 17, 2013

Tangan Yang Gatal..


Assalamualaikum WTB..

Semoga semua dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH.. 
Tangan yang gatal.. hmm ingatkan hati je gatal nak kawin, tapi tangan ni pun gatal juga.. haha

Ok2.. Selama ni tak pernah terfikir nak buat benda2 macam anak2 gadis lain.. Yalah, belajar masak, jahit dan macam yang perempuan buat la. Well, sy juga anak lelaki keluarga. Angkat sawit, panjat sana sini, no hal lah! hehe Tapi tiba2, dua tiga menjak ni, tangan ni gatal sangat nak belajar masak, nak menjahit, nak belajar menyulam.. aduhai (ayat macam orang nak meninggal pula haha)

Mentang2 la tak lama lagi nak kawin (lama lagi kot 2 tahun tu uhuk3), jadi rasa macam nak kena kukuhkan skill semua tu. Duluuuu masa umur 18 tahun, dah kena pesan dengan ummi, belajar masak, belajar menjahit, nanti senang lepas kawin nanti.. dan saya seperti biasa, tak pa umi, nanti hani' cari yang pandai masak, mandai menjahit. (dan, memang dapat yang pandai memasak.. haha syukur... )

Walaupun gitu, hati ni meronta-ronta nak belajar memasak. Sampaikan nak cari idea apa nak di masak walaupun duduk dekat asrama. Yalah, rice cooker kan ada... Then jumpa laman web ni. hah! akan di cuba semester depan.. InsyaALLAH.. hahaha



Then, nak menjahit.. Ermmm menjahit ni payah sikit.. actually, dulu pernah try menjahit guna mesin jahit Singer ummi.. Haha apa yang terjadi ialah; jarumnya patah dan terpelanting. Bukan sekali tapi 3 kali. Argh! dan saya pun fed up.. Tapi sebenarnya fobia.. huhu ~ Ganas sangat kot saya ni.. wuwuwu Jadi, InsyaALLAH, nak  try menjahit sem depan.. Guna apa? jeng3



hehe ni mesin jahit  mini.. Macam nak try.. tapi kena beli dekat semenanjung la.. Sebab macam belum pernah jumpa di Sabah ni.. (Sedang memberi hint kepada si Dia.. Buy me one.. hahaha)

Menyulam pula,kenapa ya saya nak? hmm may be saya geram sangat nampak kawan2 pakai baju cantik2. semua ada sulam manik2.. (Baju kita plain saja.. Baju murah haha) Jadi, daripada minta sulam dekat kedai yang charge sampai rm 30++ , better saya belajar jahit kan? hehe nanti boleh ambil tempahan ke apa ke.. hahaha ada hati~ belajar apa pun belum! :P

Ok la, rasanya tu ja yang nak kongsikan hari ni.. Doakan tangan ni tak gatal2, hati ni tak meronta2 buat benda lain.. Sebab semuanya need MONEY!! haha ok, jaga diri, jaga hati.. Salam..

Monday, May 13, 2013

1st day yang...


Assalamualaikum wtb..

Apa khabar semua? hope smua ok.. Ok, bow i fell like 

the first day of exam.. how could i be blank? Oh tidak... 
Tolongla, sesiapa yang belum maafkan saya, maafkan la.. huhuhu 

Nak menangis pun tak guna, tapi nak juga! wuwuwuwu

Ok, fine.. TAWAKAL je la.. huhu please pointer, dont drop again.. I'm suffer already with u now.. 

4 subjects left with one subject that will kill me.. Please be nice to me..

This is called exam..hoho

Should I be like this? Who is EXAM actually? huhu

Lucu pla..

ok, chow dulu... huhuhu

Tuesday, May 7, 2013

Mereka yang di sisi..


Assalamualaikum WTB..

Semoga semua dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH... 

Hari ni rasa nak menulis je.. Gatal sungguh tangan ni sedangkan kerja berlambak-lambak nak siapkan walaupun hakikatnya this week is called 'STUDY WEEK'.. Dengan amali yang belum siap dan esok my turn, maka berpeluh-peluhlah diri ini membuat bahan bantu mengajar.. 

Dan bagun pagi senyum tengok cermin walaupun jerawat tak puas2 menghuni muka ni.. alahai.. Please pimples, GIVE ME A BREAK!! haha 

(p/s= I wonder why it;s getting hot these day at Tuaran.  Seriously, we are sweating days and night.. haha ~ Maybe because of the PRU13? Or Global warming? ok, out of topics.. Sorry.. hihi) 

Sebenarnya, hari ni nak cerita tentang mereka2 ni yang selalu di sisi saya, memberikan semangat dan kasih-sayang serta cinta yang tak berbelah bahagi saat diri diuji dengan pelbagai masalah.. Dan of course, ALLAH adalah yang Pertama sentiasa di sisi  melihat diri ini dan membuatkan diri ni terus berjuang untuk kehidupan.. Alhamdulillah...

Alhamdulillah, Thank u ALLAH for make me strong to face everything..

Yang kedua, MY FAMILY.. Wherever you go, whatever you do, whatever happen, you can always count to your family... InsyaALLAH.. ~ keluarga banyak bagi semangat dan nasihat waktu2 penuh dengan masalah, waktu rasa nak putus asa dan nak ........  my life.. haha Jadi, sesiapa yang ada masalah, rujuklah dengan family dulu (walaupun sebenarnya kadang2 diorang adalah kedua saya bagitau.. hoho jangan marah.. : ) So, terima kasih yang tak terhingga buat keluarga tercinta yang sentiasa disisi tidak kira senang atau susah.. I LOVE U ALL SOOOO MUCH!! 
 Love you all sooo much.. Forever after..

Abah & Ummi yang selalu ada di sisi dan beri nasihat untuk terus berjuang..
(Mula2 share iceceam, pastu merajuk pula kena ambil aiskrim) hihi

With family masa menghantar 'budak kedah tu = Hisaan' haha (Also my aunt and her husband and son)

Kakak yang always share my pain and tears.. Love u..

With hensem boy 'Abang' and Nakal boy "helmi' hehe
Iklan je... BEST WAY TO SLEEP IN CAR.. trust me!! hehe



The next person yang always encourage me, yang selalu di sisi adalah... Jeng3 hehe InsyaALLAH, My future husband,  KHAIRUL AZMI B KHAIRUDDIN (Pray for us semoga sampai dapat nikah dan beranak pinak.. hoho ~ melampau sungguh minta orang doakan hihi .. hihi )
 P/s= maybe masa ni nervous jumpa abah haritu masih terasa kot? ye ke ? haha ~ I'm nervous too meet your mummy.. haha Lepas ni nak prepare myself jumpa ayah pula.. InsyaALLAH.. Then, mudah-mudahan Airasia ada buat promo ke Johor nanti.. Ok2, lari topik dah semua.. hihi


To My Dear, Terima kasih kerana selalu bersama diri ini, tak kira susah atau senang (walaupun we just  know each other for 1 years, you have done so much for me.. Terima kasih sangat2.. Then should I say :  
(Ok, yang lain, sila  bersabar tengok ayat di atas.. ~ Agak over.. Sorry.. hihi Budak bawah umur diam2.. Ini orang dewasa nak bercinta. Cewah, dewasa la sangat..~ :P )

The moment with u always in my heart..
 

Next person is ; two my Best friend..
FAMMYEZZA FARHANNA AHMAT & DURATUL NAJIHA ABD LATIP
(Nah, full name saya bagi..hohoho)

Mereka berdua ni sentiasa ada ketika susah dan senang. Dekat IPG,kalo tak ada dorang ni, maybe i'm just..   for the whole day.. hihi Mereka ni sentiasa buat saya ketawa dan sentiasa bagi semangat semasa diri ni dalam kesusahan.. Understanding, tempat meluah perasaan, tempat berkongsi cerita (mengumpat? haha), kongsi ilmu dan kongsi macam2 lah.. Tinggal tak kongsi Buah hati je.. hihi (Itu memang tak boleh ye.. hihi) 

Anyway, Dear mieza and pipi, I love both of you very3 much.. Thank u for always be with me, always listen to me. And Thank u for Mieza for last night counselling.. Now i'm just look at the mirror and smile for no reason.. Please, i'm not crazy.. hihi 

With  Mieza, Kaunselor saya.. hihi Love u soooo Much
(Also emma one of my good friend.. ) 

Pipi = Cute girl .. sayang pipi sangat3,, hihi


Ok, last but not least, to everyone around me (teachers, friends, and anyone who exists around me), Thank u for making my life wonderful and full of colors..

Di kesempatan ni (memandangkan dah nak dekat exam dan memang dah lama nak cakap);
EVERYONE, PLEASE FORGIVE ME FOR EVERYTHING I'VE DONE, FOR EVERYTHING I'VE SAID AND EVERYTHING WHAT HAPPEN BETWEEN US.. I LOVE ALL OF YOU AND FORGIVE EVERTHING YOU'VE DONE TO ME TOO .. SEMOGA KITA DAPAT BUAT YANG TERBAIK EXAM KALI NI DAN DAPAT POINTER CUN MELECUN DAN NAIK PENTAS AMBIL ANUGERAH MTK BAGI.. HIHI ANYWAY, LIVE YOUR LIFE, REMEMBER ALLAH ALWAYS AND MAKE SURE COLOR YOU LIFE WITH A GOOD TIME AND IBADAH.. INSYAALLAH.. TAKE CARE EVERYONE.. I LOVE ALL OF YOU..


Truly: It's me -Hani'..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved || Che Nuha Blog